e

Showing posts with label Sebenarnya Saya Isteri Dia. Show all posts
Showing posts with label Sebenarnya Saya Isteri Dia. Show all posts

Friday, June 28, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 12: Sambungan Kisah Sedih Episd 11!



Assalamualaikum & selamat malam. Rasanya tentu ramai yang tak sabar menantikan sambungan episod Sebenarnya Saya Isteri Dia malam ini. Sebelum ini, Zam pernah sediakan sinopsis kisah sedih episod 11 di sini, jadi hari ini Zam nak kongsikan pula sinopsis untuk episod malam ini. Anda boleh membacanya dengan menekan pautan ini.

PS: Ada apa dengan wajah terkejut Izzue Islam?


Friday, June 21, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 11: Apa Dah Jadi??


Assalamualaikum & Selamat Malam~ Berkaitan tajuk entri ini~ "Apa Dah Jadi" sebenarnya merujuk kepada Zam sendiri yang tiba-tiba rasa tak berminat untuk menonton Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 11 malam ini. Mungkin kerana dah terlalu kerap miss episod-episod sebelumnya. Apapun buat peminat drama SSID, Zam kongsikan link sinopsis episod 11 di bawah ini (PS: Dengar dengar ada sesuatu yang sedih berlaku dalam episod kali ini.. Nak tahu? Hit pada pautan di bawah)


Friday, June 7, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 9


Assalamualaikum & selamat malam. Untuk episod Sebenarnya Saya Isteri Dia malam ini, Zam cuba tengok dari mula sebab nak faham perjalanan cerita ni. Serius, sebelum ni kalau Zam tengok pun secara tak sengaja. Gambaran awal Zam, macam cerita Setia Hujung Nyawa, sebab tonjolkan betapa sweetnya hubungan suami isteri yang baru kahwin, dan disebalik tu ada rahsia besar cuba disembunyikan. 

Wednesday, June 5, 2013

Lawak Perkahwinan Izzue Islam


Izzue Islam Akad nikah "Saya Izzue ... " Tiba-tiba Tiz Zaqyah datang "Nanti! Sebenarnya Saya Isteri Dia" Izzue terkejut Pengsan

#Sekadar gurauan dari admin page IZZUE ISLAM. Pada peminat Izzue Islam, bolehlah like page tersebut ya ;)


Saturday, May 25, 2013

Gambar Perkahwinan Izzue Islam

Ini adalah entri lama bertarikh 25 Mei 2013. 
Untuk ENTRI TERKINI 2 JUN 2013 (Hari Ini) Berkenaan Gambar Perkahwinan Izzue Islam, Sila Klik Pada Pautan Di Bawah Ini



Gambar Perkahwinan Izzue Islam dalam drama Sebenarnya Saya Isteri Dia sebagai Firash Arsyad dengan Syafa Aqira lakonan Tiz Zaqyah. Untuk 1 saat masa mula-mula tengok gambar ini tadi di FB, ingatkan Izzue Islam dah kahwin, tapi rupanya sedutan dari drama Sebenarnya Saya Isteri Dia. Kredit kepada empunya gambar ini ZURA ASYFAR. Apapun untuk pengetahuan pembaca, Izzue Islam akan berkahwin dengan pengurusnya sendiri pada 2 Jun ini. Sama-sama kita nantikan & doakan yang terbaik buat Izzue Islam ini ya.


PS: Ada peminat Izzue yang kecewa tak bila dia nak kahwin? Rasanya macam ada bila Zam sediakan entri tentang Izzue Islam bertunang sebelum ini. Hehe

Friday, May 24, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 7



Serius, ini kali pertama sebenarnya Zam menonton drama Sebenarnya Saya Isteri Dia. Itupun secara tak sengaja bila sepupu yang bukakan TV tadi. Oo.. Rupanya inilah drama yang sedang hangat diperkatakan di laman sosial tu ya.. Bila tengok babak Izzue Islam & Tiz Zaqyah tadi (masa Tok Wan buka pintu bilik tu), tiba-tiba teringat balik drama bersiri Setia Hujung Nyawa dulu. Mungkin dari segi kemesraan di dalam hubungan suami isteri yang ditampilkan. Rasanya pembaca yang mengikuti drama tersebut tentu boleh ceritakan kepada Zam dengan lebih detail lagi ;)

Monday, April 22, 2013

Tiba-tiba Nama Uqasha Senrose Menjadi Carian Di Blog Zamani Abe.. Patutlah



Tiba-tiba nama Uqasha Senrose naik & menjadi carian di Blog Zam sejak sebulan dua ni, serta pernah hampir-hampir mengatasi Hana Tajima. Jika di lihat di sisi kanan blog sekarang ini, entri WAJAH UQASHA SENROSE, MIRIP NELYDIA SENROSE menduduki tangga teratas entri popular. Kenapa agaknya ya?