e

Monday, August 19, 2013

Al Fatihah Buat Photographer Muda Dan berbakat, Nadia Zahari



Assalamualaikum & selamat pagi. Pagi Sabtu, Zam mendapat berita melalui perkongsian FB Adhadi Mohd (pemilik gambar hujan meteor di Batu Pahat) tentang kemalangan yang menimpa photographer Nadia Zahari yang mana turut meragut nyawanya di simpang 4 Jalan Subang, Shah Alam. Terkejut juga, kerana sebelum ini Zam mengenali beliau menerusi gambar-gambar Perkahwinan Ustaz Don Danial & Husna, dimana beliau adalah salah seorang dari jurukamera rasmi pada majlis itu.

Apa yang menyedihkan, Nadia dikhabarkan akan melangsungnya perkahwinanya pada bulan Oktober ini. Gambar diatas, Zam perolehi dari tumblr beliau: http://nadiazahari.tumblr.com/ yang diambil beberapa hari sebelum majlis pertunangannya pada Ogos tahun lepas. 

Teringat kisah menarik yang pernah dikongsikan oleh beliau sendiri sebelum ini tentang perkahwinan Ustaz Don yang unik dan berlandaskan syariat Islam berbanding adat, dimana Zam pernah kongsikannya juga di blog menerusi entri ini: http://zamani84.blogspot.com/2012/09/cerita-menarik-di-sebalik-majlis.html

antara sumbangan beliau. Selain bidang fotografi, beliau merupakan pelajar seni grafik di UNISEL.


Sama-samalah kita sedekahkan al fatihah buat Allahyarhamah Nadia Zahari. Dan buat ahli keluarga beliau, kita doakan semoga mereka tabah menghadapi ujian ini.

- Untuk membaca berita tentang kemalangan yang menimpa Allahyarhamah Nadia Zahari, anda boleh hit pada pautan ini: http://www.kisahemasputih.com/2013/08/jurugambar-ustaz-dol-meninggal-dunia.html. Kredit kepada UZU (EMAS PUTIH)

20 comments:

  1. al-fatihah.. sedihnye.. da nak kawin da

    ReplyDelete
  2. al-fatihah moga rohnya dicucuri rahmat ...

    ReplyDelete
  3. Alfatihah..

    Tak kenal tp sesama Muslim..

    Ikhlas,

    Amin Johar

    ReplyDelete
  4. al-fatihah... semoga rohnya dicucuri rahmat...

    ReplyDelete
  5. org yg sangat berbakat..terasa kehilangan beliau...Al-fatihah...salam takziah buat keluarga beliau

    ReplyDelete
  6. al-fatihah...semoga roh dicucuri rahmat =)

    ReplyDelete
  7. Al-Fatihah dan salam takziah untuk keluarga allahyarhamah..

    ReplyDelete
  8. Al-fatihah..

    Org berbakat ni. Semoga ruhnya dicucuri rahmat...

    My recent post : Krisis Identiti Seorang Blogger Jambu

    ReplyDelete
  9. Al fatihah...semoga roh arwah ditempatkan dikalangan mereka yg beramal soleh..aaminn..

    ReplyDelete