e

Showing posts with label aku isterinya. Show all posts
Showing posts with label aku isterinya. Show all posts

Monday, May 12, 2014

DRAMA AKU ISTERINYA MINGGU KE TUJUH EPISODE 23, 24, 25, 26


Minggu ni merupakan minggu ke tujuh tayangan drama Aku Isterinya di Slot Akasia, dan sebelum anda menonton drama ini, jom lihat sepintas lalu sinopsis untuk episode 23 hingga 26.

Aku Isterinya Episode 23
Mikail terus memeluk erat Mya apabila melihat darah mengalir daripadanya dan dia tidak akan memaafkan Suzanne sampai bila-bila jika terjadi apa-apa pada kandungan Mya 

Aku Isterinya Episode 24
Adam tersenyum apabila mengetahui yang Mikail datang bersama Mya dan dalam masa yang sama dia turut cemburu melihat keprihatinan Mikail terhadap Mya

Aku Isterinya Episode 25
Datin Adiba teringat kembali kata-kata suaminya agar menerima Mya sebagai menantu mereka kerana dia yakin yang mereka akan bahagia semula seperti dahulu

Aku Isterinya Episode 26

Datuk Lutfi tidak menduga kehadiran Mya dan bayi di dalam kandungan Mya akan mengubah corak dan jalan cerita mereka sekeluarga

PS: Jom terjah entri ni: Biji Mata Anak Murid Terkeluar Sewaktu Exam

Monday, May 5, 2014

DRAMA AKU ISTERINYA MINGGU KE ENAM EPISODE 19, 20, 21, 22


Minggu ni merupakan minggu ke enam tayangan drama Aku Isterinya di Slot Akasia, dan sebelum anda teruskan menonton drama ini, jom lihat sepintas lalu sinopsis untuk episode 19 hingga 22.

Aku Isterinya Episode 19 
Dari jauh Muzifa tersenyum melihat kebahagiaan Mikail dan Mya seperti belangkas. Sayu hatinya melihat Mikail yang sudah sembuh luka di hati akibat perbuatan Lisa dahulu. 

Aku Isterinya Episode 20 
Mya terkejut apabila mendengar permintaan Mikail mahukan zuriat. Dia tidak yakin Mikail sudah bersedia untuk menjadi bapa disebabkan keadaan keluarganya sendiri berkecamuk dan berpecah belah. 

Aku Isterinya Episode 21 
Mya tercengang dan hampir menitiskan air matanya mendengar mulut Mikail supaya di ajar solat. Dia kagum dengan sikap Mikail yang mengaku kejahilan diri sendiri dan bersedia untuk berubah. 

Aku Isterinya Episode 22 
Mya tidak berniat untuk menyakiti hati Mikail tetapi sejak pertemuan dengan Aisyah 2 minggu lalu, dia menaruh syak kepada Mikail disebabkan Mikail merahsiakan tentang perkahwinan mereka.

Monday, April 28, 2014

DRAMA AKU ISTERINYA MINGGU KE LIMA EPISODE 15, 16, 17, 18


Minggu ni merupakan minggu ke lima tayangan drama Aku Isterinya di Slot Akasia, dan sebelum anda teruskan menonton drama ini, jom lihat sepintas lalu sinopsis untuk episode 15 hingga 18.

Aku Isterinya Episode 15 
Mikail marah apabila ditipu oleh Mya tambahan pula apabila Shamil memaklumkan yang Mya adalah kekasihnya sejak dulu lagi. 

Aku Isterinya Episode 16 
Mikail terkejut kerana Suzanne berada di rumah mamanya lalu hilang sabar apabila Suzanne minta Mikail buat pengakuan kepada Datin Adiba tentang hubungan Mikail dengan Mya dan juga siapa Mya yang sebenarnya. 

Aku Isterinya Episode 17 
Mikail terkejut apabila mendapat tahu Shamil telah pergi ke rumah Mak Ngah untuk meminang Mya dan pinangan tersebut diterima oleh Mak ngah selepas Shamil menebus tanah pusakanya. 

Aku Isterinya Episode 18 
Mya tergelak apabila Mikail mengajaknya pergi berbulan madu. Sebelum ini,mereka berkahwin disebabkan ditangkap berkhalwat dan dia merasa tidak sesuai untuk pergi berbulan madu.

Tuesday, April 22, 2014

DRAMA AKU ISTERINYA MINGGU KE EMPAT EPISODE 11, 12, 13, 14


Minggu ni merupakan minggu ke empat tayangan drama Aku Isterinya di Slot Akasia, dan sebelum anda teruskan menonton drama ini, jom lihat sepintas lalu sinopsis untuk episode 11 hingga 14.

Aku Isterinya Episode 11
Mikail terpaksa meninggalkan mesyuarat penting apabila menerima pesanan daripada Farhan tentang Mya. Dia cemas melihat keadaan Mya yang berpeluh-peluh menahan kesakitan. 

Aku Isterinya Episode 12
Adam datang ke pejabat Mikail untuk mengajak Mikail keluar bersamnya tetapi Miakil terpaksa menolaknya kerana dia membawa bekal yang dimasak oleh Mya. 

Aku Isterinya Episode 13
Suzanne amat marah apabila melihat kemesraan Mikail bersama Mya di KLCC. Dalam pada itu, Mimi memaklumkan kepada Datin Adiba yang Lisa telah menghubunginya. 

Aku Isterinya Episode 14
Mikail memberitahu Mya bahawa dia ada berjumpa dengan Lisa iaitu bekas kekasihnya. Mikail menyakinkan Mya bahawa dia tidak akan bercinta dengan Lisa lagi.

Tuesday, April 15, 2014

DRAMA AKU ISTERINYA MINGGU KETIGA EPISODE 7, 8, 9, 10


Minggu ni merupakan minggu ke tiga tayangan drama Aku Isterinya di Slot Akasia, dan sebelum teruskan menonton, jom lihat sepintas lalu sinopsis untuk episode 7 hingga 10.

Aku Isterinya Episode7 
Mya tidak dapat menahan kesedihannya kerana neneknya meninggal dunia sebelum sempat dia pulang untuk berkongsi suka dan duka. 

Aku Isterinya Episode 8 
Mikail terkejut apabila Mya minta dilepaskan kerana dia tidak sanggup lagi menanggung dosa. Mikail tetap tidak akan melepaskan Mya kecuali Mya membayar balik duit kepadanya sebanyak RM50,000.00. 

Aku Isterinya Episode 9 
Mya masuk ke dalam bilik Mikail dan mendapati Mikail mengalami demam panas. Mya kasihan melihat Mikail dan terus memberikan ubat kepada Mikail .

Aku Isterinya Episode 10 
Mikail terpaksa membawa Farhan ke rumahnya. Mya terkejut melihat Mikail pulang bersama Farhan. Melihat gambar-gambar Mikail yang tersusun, Farhan beranggapan yang Mikail adalah teman lelaki Mya.

Tuesday, April 8, 2014

DRAMA AKU ISTERINYA MINGGU PERTAMA & KEDUA EPISODE 1, 2, 3, 4, 5, 6


Nah.. Cerita terbaru muncul lagi di Slot Akasia dengan tajuk yang agak tipikal (seperti biasa). Mungkin, ramai yang dah boleh mengagak pada peringkat awal bagaimana perjalanan kisah drama ini. MUNGKIN. Mungkin juga, ada kelainan dalam drama ini nanti. Pada peminat drama Melayu terutamanya peminat Izzue Islam, bolehlah layan drama ni sambil bersantai lepas penat bekerja seharian, tapi kena inga~t solat dulu ya.. Tak pun, kalau tertinggal, boleh cari video tonton online di internet. Zam juga akan kongsikan pautan videonya di sini jika ada, ya ;)