e

Showing posts with label kisah blogger. Show all posts
Showing posts with label kisah blogger. Show all posts

Friday, February 14, 2014

Buku Tulisan Seorang Blogger Yang Zam Ingin Beli

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Waktu ke MPH tadi, Zam terjumpa 2 buah buku yang dah lama ingin Zam beli ini. Kalau tengok apa yang tertera tu, boleh tahu tak siapa blogger yang Zam maksudkan?
Sekarang ni Zam sedang berkira kira dan merancang beberapa buku dan stationery yang boleh dibeli bila dapat Baucar Buku 1 Malaysia nanti. Jadi dua buku ni antara yang disenaraikan.

Kenalkah anda pada blogger ini? Cer teka ;)

Monday, February 10, 2014

Terbaik Entri Blogger Ni


Assalamualaikum & selamat malam semua.. Menutup tirai untuk hari ni, Zam nak kongsikan satu entri dari seorang blogger yang Zam jumpa semasa blogwalking tadi. Tersentuh dengan perkongsiannya, dan Zam seolah tersedar dari beberapa perkara yang bermain di fikiran Zam selama ni. Serius, Zam memang suka kan artikel beliau. 5 bintang dari Zam untuknya!

Ingin tahu entri tersebut mengenai apa? Anda boleh hit pada PAUTAN INI (klik). Semoga anda juga memperoleh sesuatu darinya..

PS: Diri ni selalu alpa..


Thursday, January 30, 2014

Zam Tak Puas Hati Dengan Bloggers Ni!

Zam tak puas hati ar dengan bloggers ni!

Pembaca: Eh eh kenapa ni Zam??

Seriously, memang sangat sangat tak puas hati! Tengah lapar-lapar ni, kantin sekolah dah lah tutup, leh lak diorang post entri sal makanan!

Krik krik.... (drama semata)


Adehlah... Laparnya rasa.. Tengah tunggu kawan tapaukan makanan dari luar ni.. Kantin sekolah tak buka hari ni sebab budak budak dah cuti.. Sambil tu, sempat blogwalking kejap.. Tengok-tengok, dalam banyak banyak blog, 4 blogger ni post entri sal makanan.. Aduiii bestnya.... Tambah terseksa diri ini..... (Drama lagi.. hehehe jangan amik hati ye... Zam gurau-gurau je ni)

Nak tahu siapa blogger yang mencetuskan ketidakpuasan hati Zam ni? Leh klik kat setiap gambar ye..  Dan untuk pengeahuan korang, ade seorang blogger lelaki dalam tu.. (Sorry Zam curi gambar korang tanpa izin.. kikiki)

Thursday, January 9, 2014

Kreatifnya Blogger Buat Pelamin Mini Sendiri

Assalamualaikum & selamat petang pembaca semua. Kali ni Zam nak kongsikan kisah yang menarik perhatian Zam sewaktu blogwalking baru-baru ini, iaitu tentang kerajinan seorang blogger yang mengambil inisitif untuk menghasilkan pelamin mini sendiri untuk majlis pernikahannya. 

Langkah yang diambil sebenarnya bertujuan untuk berjimat, kerana kos sewaan sebuah pelamin mini boleh dikatakan mahal juga. Zam suka idea ini, sebab bagi Zam sendiri, ingin juga nak menggunakan pelamin bila berkahwin nanti tapi dalam masa yang sama, nak berjimat. Berikut adalah gambar pelamin yang Zam maksudkan: