Kecomelan melanda di blog Zamani Abe sekali lagi.. Sekali tengok, memang iras singa. Tapi semstinya ramai yang tahu ia adalah seekor kucing yang dicukurkan bulunya. Namun dalam masa yang sama, ramai yang tidak tahu, ia sebenarnya satu kaedah rawatan bagi kucing yang mempunyai masalah kesihatan melibatkan bulu dan kutu, yang dikenali sebagai LION CUT.
Tadi di satu page, Zam tengok ada yang marah-marah kerana beranggapan ia satu penganiayaan kepada kucing. Apapun, segalanya telah dijelaskan dengan baik oleh pengunjung lain.
