Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Ini kisah pagi semalam sebenarnya, bila lori Milo ke sekolah kami.. Wow.. Milo sejuk yang best.. Siapa nak tolak kan.. Jadi sambil-sambil pihak asrama ambilkan Milo tu untuk anak murid kami, cikgu cikgu pun tak lepaskan peluang untuk minum Milo sejuk percuma ni.
Sebelum ni Zam selalu juga terfikir, macam manalh Milo yang mereka hasilkan mempunya rasa yang lain berbanding Milo yang kita hasilkan sendiri di rumah. Lepas diintai di dalam lori tersebut, Zam nampak ada dua jenis susu yang digunakan, iaitu susu pekat manis dan susu sejat Ideal.. Oo patutlah lain.. Boleh cuba lain kali ni.
