Assalam & selamat petang rakan pembaca :)
Selama ni, Zam sering tercari-cari laman web yang dapat digunakan untuk menghimpunkan semua hasil kerja & karya fotografi Zam selama berblogging. Kebiasaanya, Zam hanya memuat naik dan menyimpan gambar-gambar tersebut di Facebook dan juga di Twitter. Selain dari kedua-duanya, Zam tidak pernah terfikir untuk menyimpan di laman web lain seperti Flickr dan Instagram (mungkin kerana tidak berminat, tambahan pula Instagram memerlukan gambar dimuat naik melalui aplikasi di telefon pintar dan seumpamanya).
Terpengaruh dengan Tumblr milik Hana Tajima di http://hanatajima.tumblr.com/, Zam mendaftar satu akaun Tumblr dan mula memuat naik beberapa gambar di sana- http://zamaniabe.tumblr.com/. Lebih-lebih lagi, Tumblr memang dikenali sebagai sebuah medium untuk photoblog.