Assalam & selamat petang rakan pembaca :)
Selama ni, Zam sering tercari-cari laman web yang dapat digunakan untuk menghimpunkan semua hasil kerja & karya fotografi Zam selama berblogging. Kebiasaanya, Zam hanya memuat naik dan menyimpan gambar-gambar tersebut di Facebook dan juga di Twitter. Selain dari kedua-duanya, Zam tidak pernah terfikir untuk menyimpan di laman web lain seperti Flickr dan Instagram (mungkin kerana tidak berminat, tambahan pula Instagram memerlukan gambar dimuat naik melalui aplikasi di telefon pintar dan seumpamanya).
Terpengaruh dengan Tumblr milik Hana Tajima di http://hanatajima.tumblr.com/, Zam mendaftar satu akaun Tumblr dan mula memuat naik beberapa gambar di sana- http://zamaniabe.tumblr.com/. Lebih-lebih lagi, Tumblr memang dikenali sebagai sebuah medium untuk photoblog.
Kemudian, kerana merasakan tidak begitu praktikal berkongsikan gambar di Tumblr (pendapat peribadi), Zam mula terfikir untuk kembali kepada Blogspot. Blogspot menyediakan tema layout yang membolehkan banyak gambar di dalam entri diperlihatkan secara sekaligus, dan itulah yang dicari oleh Zam. Dalam masa yang sama, sempat juga Zam mencari ilham di blog fotografi milik saudara Hasrul Hassan untuk dijadikan contoh. (http://hasrulphoto.blogspot.com/)
Tujuan Zam mencari satu laman web yang dapat memaparkan keseluruhan karya fotografi Zam pada satu halaman serentak adalah kerana ia tampak lebih praktikal (dan meriah) kerana pengunjung dapat melihat keseluruhan gambar dalam sekali imbas. Dan dalam mencari laman web yang sesuai, Zam terjumpa Pinterest secara tak sengaja.
Pinterest merupakan medium secara online untuk anda membuat bookmark pada mana-mana gambar di laman web dan menyusunya dalam folder khusus secara bersistematik~ cara yang sama seperti anda menyimpan (save) mana-mana gambar (image) yang anda temukan di internet ke dalam folder di desktop komputer anda. Dalam masa yang sama, anda juga boleh memuat naik koleksi gambar anda sendiri dari komputer peribadi ke Pinterest seperti yang Zam lakukan.
Printscreen di atas merupakan akaun Zam di Pinterest. Di blog Zamani 84, Zam letakkan pautannya pada page Bukan Pornografi yang disediakan di sudut kanan paling atas. Jika dirasakan menarik, anda boleh juga menghasilkan akaun Pinterest anda sendiri :)
Entri sebelum ini: Belanja Nasi Beriani 1 Sekolah
memang nampak menarik, bagus perkongsian ni zam :)
ReplyDeleteboleh simpan gambar dgn sepuasnya lepas ni :D
DeleteZam nak tanya, pinterest ni ada limit size utk simpan gambar tak? Macam flickr 1tera boleh letak gmbr
ReplyDeletettg yg tu, Zam kurang pasti lak.. kita sama2 check k nanti
Deletetak pernah explore pinterest lagi.... tak ramai kengkawan yg pakai so tak tahu best ke tak....
ReplyDeletesb dia tak mcm instagram yg terus boleh dimuat naik dgn smart phone.. & kegunaan dia sebenarnya untuk bookmark gambar yg ada dlm mana2 laman web..
Deleteapp, slh satu tempat yg sesuai utk jurukamera simpan gambar2 mereka :)
pinterest dan tumblr tak pernah guna. selalu kalau upload gambar kat instagram je. huhu
ReplyDeleteyezza.. sb ramai yg ada aplikasi instagram yg boleh digunakan terus utk upload gmbr dr handphone ;)
Deletemenarik, good sharing^^
ReplyDeleteCara Mencegah Darah Tinggi
thanks Nana ;))
Delete