e

Showing posts with label ustaz kazim elias. Show all posts
Showing posts with label ustaz kazim elias. Show all posts

Friday, March 20, 2015

Dato Ustaz Kazim Elias Umum Tidak Akan Berceramah Dalam Rancangan TV Lagi


Assalamualaikum dan salam Jumaat pembaca sekalian.

Malam tadi, di penghujung rancangan Forum Perdana, Dato Ustaz Kazim Elias telah menyatakan keputusannya untuk tidak lagi muncul di kaca televisyen sebagai ahli panel & penceramah. Sebelum ini, memang ada sumber yang mengatakan beliau akan mengumumkan keputusannya samada akan terus berceramah dalam rancangan televisyen atau tidak, jadi ramai yang telah menantikan kemunculan rancangan itu semalam.

Untuk mengetahui punca penarikan diri tersebut, pembaca boleh membacanya di pautan ini: 

Sunday, October 12, 2014

Rezeki Dapat Duduk Depan Ustaz Kazim

Assalamualaikum dan selamat malam semua. 

Malam ni Zam penuhi ajakan seorang rakan untuk mengikuti ceramah perdana bersama Ustaz Kazim Elias. Ketibaan kami agak lewat sebelum Isyak, jadi memang tempat parking dah penuh.

Di dalam masjid, memang dah ramai dengan jemaah. Dan kami memang jauh dari pentas utama tempat ceramah.

Tapi kerana masalah teknikal terutamanya pada mikrofon dan pembesar suara, Ustaz Kazim berpindah ke tempat mimbar khutbah. Kebetulan kami berada di depan mimbar sejak awal, jadi memang rezeki kami dapat dengar dengan lebih dekat dan dengan suara yang jelas. 

Empat gambar di bawah menunjukkan suasana sesak di dalam masjid menantikan ceramah bermula. Waktu ni, kami jauh dari pentas utama untuk ceramah.

Ustaz Kazim Elias Di Kuching, Malam Ini 12 Oktober 2014


Assalamualaikum dan selamat petang. 

Semalam Zam dapat tahu dari seorang rakan mengenai ceramah ini yang akan diadakan di Masjid Jamek Negeri Sarawak. Pada pembaca yang berada di Kuching khususnya, boleh lah  beramai-ramai hadir ke majlis ilmu ini sempena kedatangan pendakwah terkenal Ustaz Kazim Elias. Suasana di masjid ini pun luas dan selesa, serta beraircond, jadi kalau nak bawa seluruh ahli keluarga pun tak ada masalah :)


Friday, September 26, 2014

Rahsia Hilangkan Segala Kesusahan

Assalamualaikum dan selamat malam.

Sambil mencari idea untuk hasilkan entri malam ni, Zam belek belek album gambar dalam tab, kot kot ada gambar dan bahan yang sesuai untuk dikongsikan. Jadi, terjumpa gambar ni yang dah lama Zam save. Memang cara Zam, jumpa apa apa bahan grafik yang dirasakan sesuai diletak dalam blog, Zam akan simpan dulu untuk kegunaan masa akan datang, nak nak lagi masa idea menulis tak datang.

Harap, perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua :)