Ada masanya, kita rasa kita nak tahu sangat sejauh mana kemampuan kita melaksanakan satu-satu tugas.
Mungkin sebab ia bidang yang kita minati, jadi cara untuk kita nak tahu sejauh mana kemampuan kita, kita akan galas tugas tu sehabis baik.
Masa tu, mungkin ada yang berjaya, dan mungkin akan ada yang baru sedar, sesuatu minat yang disangkakan mudah untuk dilaksanakan, sebenarnya mencabar.
Pada yang berjaya, tahniah.
Tapi pada yang kurang berjaya?
Tak mengapa, itu akan jadi pengalaman buat kita kan
Baru kita tahu, di mana kelemahan kita dalam sesuatu perkara yang kita minati. Lepas tu, perbaiki.
Smile :)
Terima kasih sebab luangkan masa membaca entri Zam ni.
PS: Lakukan apa sahaja minat anda dengan bersungguh-sungguh :)