e

Showing posts with label yong tau foo. Show all posts
Showing posts with label yong tau foo. Show all posts

Monday, April 21, 2014

Nasi Goreng Ayam Penyet Dan Yong Tau Foo.. Dua-Dua Pun Nak Makan

Assalamualaikum & selamat tengah hari semua.

Susulan entri Jalan-Jalan Ke Taman Budaya Dan Daiso semalam, Zam dan rakan terus ke Kubah Ria pula mencari menu makan malam. Memang lapar, sebab selepas beriadah di Taman Budaya, Zam tak makan lagi. Setelah menilik menu dari satu gerai ke satu gerai di Kubah Ria, kami buat keputusan untuk pesan nasi goreng. Cuma Zam je yang special sikit, sebab ada ayam penyet sekali.

Lepas pesan nasi goreng, Zam tengok rakan Zam ke gerai Yong Tau Foo pula.. Eh, nak pesan makanan lain pulak ke? Last-last, sebab Zam pun pesan Yong Tau Foo juga, maklumlah mengidam sebab dah lama tak makan.

Zam pilih-pilih dalam 200 gram je. Tak banyak, sekadar nak rasa sebab dah pesan nasi goreng sekali kan sebelum tu..