e

Tuesday, June 26, 2012

SIAPA LELAKI BERNAMA POK MANG DI SISI USTAZ AZHAR IDRUS?

LELAKI INI (POK MANG) SERING DILIHAT MENJADI MODEL FOTOGRAFI USTAZ AZHAR IDRUS.

Bagi mereka yang mengenali Ustaz Azhar Idrus melalui bidang fotografi & yang selalu berkunjung ke DIGITAL MUKMIN.COM, pasti mereka biasa melihat wajah & susuk seorang lelaki tua yang sering menjadi model photoshoot beliau. Aku sendiri pun tertanya tanya sebelum ini, siapakah sebenarnya lelaki yang lebih mesra dipanggil POK MANG ini oleh Ustaz Azhar Idrus. Akhirnya, secara tak sengaja tadi sewaktu mencari maklumat tentang Ustaz Azhari Idrus, aku terjumpa artikel mengenai lelaki 'misteri' ini..


Pok Mang disisi Ustaz

Beliau adalah pembantu Ustaz. Beliau juga model Ustaz dalam fotografi. Pok Mang yang berasal dari Kampung Ladang adalah seorang nelayan. Menjadi kebiasaan kepada Ustaz menyewa botnya untuk memancing di laut. Pok Mang atau Man Dakwah atau Man Janggut adalah panggilan kawan-kawan kepadanya yang cepat mesra dan kuat beribadat. Kesusahan Pok Mang mencari hasil di laut sewaktu musim tengkujuh membuka ruang untuknya bersama dengan Ustaz. Bermula detik ajakan Ustaz supaya Pok Mang menemaninya setiap kali berkuliah sehinggalah menjadi pembantu khas kepada Ustaz sampai ke hari ini. (SUMBER)


Mungkin kerana wajah Pok Mang mempunyai nilai estetika yang tersendiri bila diabadikan dalam imej fotografi, maka Ustaz Azhar Idrus selalu menjadikan pembantu beliau sendiri sebagai model ;) Di bawah ni aku kongsikan beberapa gambar yang diambil oleh Ustaz Azhar Idrus.








(Selingan) Pada aku, minat Ustaz Azhar Idrus dalam bidang fotografi ni secara tak langsung sebenarnya menarik golongan muda untuk mendekati agama. Golongan muda kini ramai yang meminati bidang fotografi, & pasti ada diantara mereka yang berkongsi minat itu bersama dengan Ustaz Azhar Idrus. Setuju? ('',)

12 comments:

  1. Wow! Tak sangka pulak UAI ada bakat dalam bidang fotografi ni.. Semua shot sangat cantik! Like! ^_^

    ReplyDelete
  2. Yes Misz, Ustaz Azhar mmg mahir ambil gambar!

    ReplyDelete
  3. dgn cara ni ustaz makin dekat dgn remaja2.ramai yg suka bidang fotografikan sekarang-dah jd trend...

    ReplyDelete
  4. Aisha, yup, Zam setuju dgn pndpt tu :)

    ReplyDelete
  5. uai memang berbakat , model pown unik , sape katerr tanpa model perempuan cantek dan seksi , gamba tak cantek ! huhuhuhu ~

    ReplyDelete
  6. Dah lama layan DIgital MUkmin tapi x sangka lak semua tu hasil fotografi UAI...jeles nie.... nak blaja dr UAI la psl fotografi... :)

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum zamani...cantik2 gambar yg diambil tu...:)

    ReplyDelete
  8. Cweet~ setuju! itu yang Zam fikirkan jg ;)

    Kuro~ oo, dah lama ikuti ye.. ok, lps ni boleh belajar mantapkan diri lagi!

    Waalaikummussalam Mama! Kann.. mmg berestetika tinggi!

    Pit, setuju!

    ReplyDelete
  9. teruja zam pikirkan yang smerr , hahaha ~

    ReplyDelete