e

Showing posts with label fotografi. Show all posts
Showing posts with label fotografi. Show all posts

Monday, December 21, 2015

Buaian Dari Pokok Duku



Assalamualaikum readers

Dalam meluangkan masa cuti sekolah ni, sempat lah tengok datuk Zam siapkan buaian untuk cucu-cucu dan cicitnya ni. Sebenarnya buaian dibuat atas permintaan salah seorang dari mereka. Sebab ramai juga yang nak naik, jadi dibuat tempat duduknya panjang.

Buaian ni dibuat dari kayu-kayan dari rumah lama yang masih kuat, dan kalau perasan, kayu yang melintang diatas buaian tu sebenarnya dibuat dengan batang pokok duku. Sebab bentuknya yang hampir seragam dan silinder, maka ia sesuai digunakan untuk membolehkan tali berayun dengan lancar.

Sebenarnya sejak zaman Zam kecil lagi, datuk akan buatkan buaian untuk kami adik beradik. Masa tu, di sekeliling rumah ada pokok yang berdahan kuat dan kukuh, jadi buaian digantung di situ. Cuma sekarang tiada lagi pokok yang sesuai dijadikan tempat untuk menggantungkan tali buaian, jadi dibuat dengan cara ini :)

Saturday, October 17, 2015

Kucing Dan Kenangan Kanak-Kanak


Antara sebab aku suka berada di kampung di Kelantan, dari zaman kanak-kanak sampailah dewasa, nilah dia.. Kucing.. Rumah kat Serdang- tempat aku membesar, xada bela kucing sendiri.. Kucing ni kiranya simbolik untuk nostalgia zaman kanak-kanak aku dulu- petikan FB


Assalamualaikum readers..

Macam biasa, hari Sabtu Zam akan jadikan entri kucing sebagai idea penulisan blog, sempena Caturday (Cat+Saturday). Teringat Zam ada sekeping gambar yang Zam ambil beberapa bulan lalu sewaktu pulang ke kampung halaman di Kelantan, dan waktu tu kucing kami elok je duduk berhampiran tayar belakang basikal dan memandang ke arah Zam.

Zam sebenarnya suka kucing sejak kecil. Dan Zam percaya ramai juga yang macam tu. Tapi ada juga yang baru suka kucing bila dah dewasa. Mungkin dulu takut, tapi sekarang tak. Mungkin ada sebab menarik disebalik tiba-tiba sukakan haiwan ini.

Ada pembaca yang nak kongsikan kisah mereka di ruangan entri ini?

Thursday, October 15, 2015

Job Photographer Majlis Pertunangan


Assalamualaikum readers..

Dalam kesibukan bercuti baru-baru ni (cuti pun sibuk.. sibuk dengan program bersama family), Zam sempat ambil satu job sebagai jurukamera majlis pertunangan. Yang bertunang tu, adik kepada rakan Zam di Kelantan, jadi dia minta Zam handle bab fotografi semasa majlis tu berlangsung.

Jadi jurukamera ni, satu perkara yang tak boleh ada pada mereka adalah sifat malu. Sebab tu, kena jadi mesra alam & tak malu untuk melintas depan orang ramai sebab nak dapat angle yang diinginkan. Cuma kena ingat, sopan santun tu perlu dijaga.. Nak melintas depan orang tu nak nak lagi orang tua, kena minta izin dulu.. Walaupun jadi jurukamera ni macam ada lesen besar nak ke hulu hilir, perkara macam menjaga kesopanan dan kesusilaan tu wajib ada. 

Siapa setuju angkat tangan & tinggalkan komen! Hehe


Sunday, November 16, 2014

Sarapan Pagi Dengan Pulut Mangga


Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Zam baru sahaja selesai bersarapan, agak lewat hari ini kerana perlu ke pasar terlebih dahulu mencari bahan untuk membuat pulut mangga ni. Sebab Zam cuba membuatnya pagi ni ialah, beberapa hari lepas ada yang menjual mangga di sekolah Zam. Sekilo, RM7. Jadi Zam beli mangga tu dengan niat nak buat pulut mangga sendiri. Lagipun dah lama tak makan.

Selain mangga, apa lagi buah yang sesuia dimakan bersama pulut dan santan?

Saturday, January 4, 2014

Berkongsi Minat Yang Sama Untuk Memulakan Blog

baca artikel penuh di SINI.


Rasanya dulu Zam pernah terbaca pendapat blogger Hasrul Hassan mengenai kelebihan jika seorang blogger mempunyai minat dalam fotografi. Dan jika tak salah, beliau juga mempunyai blog khusus untuk fotografi. Jadi tadi Zam tercari-cari semula artikel mengenainya di blog beliau untuk mengorek semula isi pendapat tersebut, dan melalui ruangan carian di sana, Zam terjumpa satu artikel mengenai kisah bagaimana saudara Hasrul Hassan boleh terjebak ke dunia blog.

Blog Jadi Tempat Mempersembahkan Hasil Kreatif Menerusi Lensa Kamera

Monday, August 27, 2012

Realisasi Idea KAMERA INSTAGRAM!!

KAMERA INSTAGRAM DIREALISASIKAN!! 




Cuba bayangkan ikon Instagram direalisasikan ke dalam bentuk sebuah kamera.. Mesti menarik kan? Unik, stylo & tersendiri- itu yang Zam dapat simpulkan bila melihat INSTAGRAM SOCIALMATIC CAMERA ini. Kini, selain pengguna iPhone & Android sedia ada yang sering memuat naik gambar menerusi aplikasi Instagram ke Facebook & Twitter, korang boleh gunakan kamera ini untuk tujuan itu, malah mencetaknya terus dari kamera~ cool kan? Apapun kemunculan kamera polaroid ini boleh dijadikan koleksi bagi penggemar kamera & fotografi!

Antara keistimewaan yang terdapat pada kamera ini ialah:
  •  flat/nipis
  •  touch screen camera
  •  built in printer
  •  social networking capabilities
  •  6GB of internal storage





Apa yang pasti, IDEAnya adalah memudahkan korang tangkap/edit/berkongsikan gambar2 secara digital ke rangkaian sosial maya disamping dapat terus mencetaknya persis kertas sticky note



Jadi, ada sesiapa yang berminat membelinya?? :D


SUMBER ARTIKEL & GAMBAR: 1 2 3 4

ENTRI BEST & SEMPOI UNTUK DITERJAH!! 

9 Fotografi Cun TERBARU!: Majlis Resepsi Ustaz Don Daniyal & Husna Dari Nadia Zahari

Himpunan Gambar MAJLIS RESEPSI USTAZ DON DANIYAL & HUSNA Di PULAU PINANG (25 OGOS)

9 Gambar Terbaru: DETIK USTAZ DON DANIYAL MELAFAZKAN AKAD NIKAH

 6 GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN USTAZ DON DANIYAL DARI OFFICIAL PHOTOGRAPHERS~ ARTMOSPHERE PHOTOGRAPHY






Monday, July 23, 2012

Banyak Fakta Yang Salah Pada Cerita Tentang Gambar Perkahwinan Lampau Suami Saya~ IRMA HASMIE

"Irma Hasmie turut memberitahu bahawa banyak fakta mengenai perkahwinan suaminya sebelum ini yang telah ditokok tambah dan dia tidak menganggap perkara itu sebagai isu yang besar pun."




Kisah & pengalaman manis semasa perkahwinan mereka terpalit dengan beberapa isu yang sengaja ditimbulkan oleh sesetengah pihak yang mencari publisiti. Pendapat Zam sendiri, kisah yang lama tak perlulah diungkit kembali, biarkanlah mereka, & apa yang paling penting: tak ada yang menjadi kesalahan pun pada perkahwinan lampau Redza. Tak manis lah kawan, buat macam tu.. Mujur, ramai yang menyokong Irma & Redza mengenai isu itu. Apapun, jom ikuti ulasan yang dipetik dari SUMBER berikut:


"Baru sahaja mendirikan rumahtangga dan selesai berbulan madu, Irma Hasmie yang telah sah menjadi isteri kepada Redza Syah Azmeer telah dikejutkan dengan gosip mengenai status lampau suaminya di media-media tempatan.

Kecoh apabila beberapa keping gambar suaminya pernah berkahwin sebelum ini tersebar di blog-blog hiburan tempatan. Gambar yang telah dimuat-naik ke dalam sebuah laman web itu adalah gambar perkahwinan Redza yang pertama sekitar awal tahun 2010.

Biasalah jika sudah berkahwin dengan selebriti, pasti akan terkena tempias gosip. Namun itu semua tidak menjadi masalah dan isu kepada Irma Hasmie apabila dia sendiri mengaku yang dia memang sudah mengetahui mengenai perkara itu sebelum berkahwin lagi.

“Ya, itu memang gambar suami (Redza) dengan bekas isterinya. Status (duda) dia pun saya dah tahu masa kami berkenalan kali pertama di Mekah, saya memang dah tahu.”

Irma Hasmie turut memberitahu bahawa banyak fakta mengenai perkahwinan suaminya sebelum ini yang telah ditokok tambah dan dia tidak menganggap perkara itu sebagai isu yang besar pun.

“Cuma saya tak suka nak ulas panjang-panjang kerana khuatir apa yang saya cakap itu akan membabitkan maruah orang lain. Bukan itu sahaja, malah banyak fakta yang salah diberikan pada keseluruhan cerita berkenaan gambar perkahwinan lampau suami saya. Lagi pun benda itu sudah berlalu. Saya pun ada sejarah hitam saya sendiri. Begitu juga dengan suami saya. Apa yang pasti, gambar itu bukan isu besar pun. Ia cuma gambar perkahwinan.” – Irma dipetik dari Utusan."

GAMBAR: THE KLIKER

Saturday, July 7, 2012

9 FOTO MAJLIS BERINAI ELLA DARI JURUKAMERA RASMI~ MINISTRY OF MOMENT

HIMPUNAN FOTO SEKITAR MAJLIS BERINAI ELLA, SEMALAM DARI JURUKAMERA RASMI~ MINISTRY OF MOMENT











KREDIT SEPENUHNYA KEPADA MINISTRY OF MOMENT~ UNIK!

(11 GAMBAR) DI SEBALIK TABIR MAJLIS PERKAHWINAN IRMA HASMIE DAN REDZA SYAH





Teruskan dengan entri di bawah~

HIMPUNAN GAMBAR DI SEBALIK TABIR, MENYINGKAP PERSIAPAN IRMA & REDZA SEBELUM BERMULANYA MAJLIS BERSEJARAH.



Sebelum ini, Zam selalu kongsikan artikel & entri back to back mengenai Majlis Perkahwinan Irma Hasmie & Redza Syah Azmeer. Walaupun semua entri tersebut berlatarkan peristiwa yang sama, namun Zam cuba tampilkan kelainan dalam setiap entri dengan memaparkan kisah & foto yang berbeza, seperti 9 Gambar Dari Official Photographers- Sekitar Majlis Pernikahan Irma Hasmie & Redza, Misha Omar, Diana Amir & Heliza Tampil Ayu & Sopan Di Majlis Pernikahan Irma & Redza, 7 Gambar Dari Official Photographers Sekitar Majlis Resepsi Irma & Redza Di MAEPS, & Detik Istimewa Yang Kita Terlepas Pandang Di Majlis Irma & Redza. Semua entri yang Zam kongsikan adalah sebagai tanda minat Zam dalam bidang fotografi, selain dedikasi buat team photographers yang sangat ohsem~ THE KLIKER! (dari 8k LIKE di Facebook [29 Julai], kini cecah 23k LIKE!) Jadi sekali lagi, dalam edisi kali ini, Zam kongsikan 11 Gambar Di Sebalik Tabir, Majlis Perkahwinan Irma Hasmie & Redza Syah.















Thursday, July 5, 2012

GAMBAR: AKSI TERLARANG YANG TAK SEPATUTNYA DILAKUKAN DI DEPAN UMUM!

AKSI YANG TAK PATUT DILAKUKAN DI DEPAN UMUM!


.
.
.
.
.
.
.
.

tapi kalau spesis ni, tak jadi satu kesalahan.. kan?




Tetiba terjumpa dua ekor pepatung ni dekat wakaf di kawasan sekolah tengah hari tadi.. Walaupun sedar kehadiran aku kat situ, ia tak terbang lari.. Jarang juga jumpa peluang untuk shoot gambar macam ni.. Sayang, aku tak ada macro lens. Kalau ada, lebih sesuai untuk ambil gambar serangga2 ni. Apapun, cepat2 aku ke bilik guru, ambil kamera untuk shoot gambar.. Nasib sempat.. Lepas shoot beberapa kali, serangga tu terus lari. Terganggu dengan aku agaknya..

Wednesday, July 4, 2012

(GAMBAR) HELIZA HELMI, REBECCA NUR AL ISLAM, VANIDA IMRAN & SUAMI DI MAJLIS RESEPSI IRMA & REDZA

FOTO RAKAN ARTIS YANG MENGHADIRI MAJLIS RESEPSI IRMA & REDZA.. ANTARANYA HELIZA HELMI & REBECCA NUR AL ISLAM.

Lagi gambar sekitar Majlis Resepsi Wedding Of The Year~ Irma Hasmie & Redza Syah Azmeer.. KREDIT: THE KLIKER.






8 ENTRI HITS SEBELUM INI~ SEMUA TENTANG FOTOGRAFI MAJLIS IRMA HASMIE & REDZA SYAH AZMEER DARI THE KLIKER! + VIDEO ESKLUSIF DARI AWAN STUDIO MALAYSIA!

1. (Gambar) Detik Istimewa Yang Kita Terlepas Pandang Di Majlis Irma & Redza

2. VIDEO ESKLUSIF: MAJLIS PERNIKAHAN IRMA HASMIE IBRAHIM DAN REDZA SYAH AZMEER DARI AWAN STUDIO MALAYSIA

3. (Lagi 10 Foto TERBARU Dari OFFICIAL PHOTOGRAPHERS) SEKITAR MAJLIS RESEPSI IRMA HASMIE & REDZA SYAH AZMEER DI MAEPS, 1 JULAI 2012

4. CAK! SCHAWAL @ MAJLIS RESEPSI IRMA HASMIE & REDZA SYAH (GAMBAR)

5. (7 GAMBAR DARI OFFICIAL PHOTOGRAPHERS) SEKITAR MAJLIS RESEPSI IRMA HASMIE & REDZA SYAH AZMEER DI MAEPS, 1 JULAI 2012

6. (GAMBAR) MISHA OMAR, DIANA AMIR & HELIZA TAMPIL SOPAN & AYU DI MAJLIS PERNIKAHAN IRMA & REDZA

7. (Lagi 9 Foto TERBARU Dari OFFICIAL PHOTOGRAPHERS) SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN IRMA & REDZA DI PUTRA JAYA

8. (9 GAMBAR DARI OFFICIAL PHOTOGRAPHERS) SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN IRMA & REDZA DARI THE KLIKER

(Gambar) Detik Istimewa Yang Kita Terlepas Pandang Di Majlis Irma & Reza

(GAMBAR) DETIK ISTIMEWA YANG KITA TERLEPAS PANDANG DI MAJLIS IRMA & REDZA.
ANTARANYA: SAAT IRMA TERHARU DI KETIKA REDZA SAH MELAFAZKAN AKAD.



Sebenarnya himpunan gambar dalam entri kali ini mengumpulkan beberapa gambar & detik istimewa yang aku terlepas pandang di wall photo The Kliker- jurugambar rasmi untuk Majlis Irma & Redza. Sebelum ini, banyak dah entri tentang majlis mereka yang aku letakkan disini. Jadi, rasa tak lengkap pula bila tak letakkan di sini untuk lengkapkan semua gambar..










7 ENTRI HITS SEBELUM INI~ SEMUA TENTANG FOTOGRAFI MAJLIS IRMA HASMIE & REDZA SYAH AZMEER DARI THE KLIKER! + VIDEO ESKLUSIF DARI AWAN STUDIO MALAYSIA!

1. VIDEO ESKLUSIF: MAJLIS PERNIKAHAN IRMA HASMIE IBRAHIM DAN REDZA SYAH AZMEER DARI AWAN STUDIO MALAYSIA

2. (Lagi 10 Foto TERBARU Dari OFFICIAL PHOTOGRAPHERS) SEKITAR MAJLIS RESEPSI IRMA HASMIE & REDZA SYAH AZMEER DI MAEPS, 1 JULAI 2012

3. CAK! SCHAWAL @ MAJLIS RESEPSI IRMA HASMIE & REDZA SYAH (GAMBAR)

4. (7 GAMBAR DARI OFFICIAL PHOTOGRAPHERS) SEKITAR MAJLIS RESEPSI IRMA HASMIE & REDZA SYAH AZMEER DI MAEPS, 1 JULAI 2012

5. (GAMBAR) MISHA OMAR, DIANA AMIR & HELIZA TAMPIL SOPAN & AYU DI MAJLIS PERNIKAHAN IRMA & REDZA

6. (Lagi 9 Foto TERBARU Dari OFFICIAL PHOTOGRAPHERS) SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN IRMA & REDZA DI PUTRA JAYA

7. (9 GAMBAR DARI OFFICIAL PHOTOGRAPHERS) SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN IRMA & REDZA DARI THE KLIKER