Merokok~ semua orang tahu tabiat ini membahayakan kesihatan. Tapi, dapatkah kita mengesan secara lahiriah atau secara zahir kesan merokok ke atas diri seseorang? Kerana biasanya ia sesuatu yang terselindung dalam diri seorang perokok.
Namun, apabila kajian dijalankan ke atas pasangan kembar yang mana salah seorangnya adalah perokok manakala yang seorang lagi bukan perokok, hasilnya adalah mengejutkan.
Mungkin kita tidak pernah terfikir akan hasil kajian seperti ini, kan?
Dapat bezakan yang mana perokok dan bukan perokok?
Kajian juga dilakukan ke atas pasangan kembar yang sama-sama merokok, tapi berbeza tempoh mereka merokok
Kedua-duanya merokok, tapi individu di sebelah kiri merokok 17 tahun lepbih lama dari kembarnya. Dapat dilihat, si perokok mempunyai kesan cengkung dan lebam di bawah mata yang ketara.
No comments:
Post a Comment