Satu petang, rakan Zam, yang juga seorang suri rumah, melihat bekal yang dibawa anaknya ke sekolah sebelum itu masih berisi. Kehairanan, dia bertanya kepada anaknya, mengapa bekal roti itu tidak dimakan.
Jawab anaknya "Roti tu dah kotor, terjatuh atas lantai kat sekolah, sebab tu tak makan"
Mendengar jawapan anaknya, kawan Zam mula nak marah
"Kenapa bawak balik makanan kotor ke rumah? Kenapa tak buang terus di sekolah tadi?"
"Guru Besar tak bagi buang makanan dalam tong sampah sekolah" jawab anaknya lagi.
Lagilah bengang si emak
Agaknya, roti/sisa makanan tidak dibenarkan dibuang dalam tong sampah sekolah kerana Guru Besar sekolah tersebut tidak mahu tong sampah berbau
Atau mungkin Guru Besar tak mahu sampah kering seperti kertas bercampur dengan kekotoran sisa makanan.. Mungkin lah kan..
Apapun, nasib baik rakan Zam tak makan roti tersebut terus.. Nasib baik dia tanya dulu anaknya sebelum makan..
Tapi dia terfikir, jika sebelum ini, dia pernah makan bekal anaknya yang tidak habis dimakan di sekolah, adakah dia termakan makanan yang tercemar??
SABAR JE LAH ABG...
ReplyDeletehttp://jmbelog.blogspot.com/
bahaya makanan tercemar ni
ReplyDelete