e

Monday, December 28, 2015

Antara RM1 Dengan RM100, Mana Lebih Baik

Sedikit cerita hri ini, utk renuangan kita brsama..

Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di
masyarakat. Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam
dompet seorang pemuda.

Maka mereka pun berbual:

1. Wang RM100 bertanya kepada RM1; "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"

2. RM1 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada
    buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."

3. Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100, "Kenapa kau begitu baru, rapi dan masih bersih?"

4. RM100 menjawab;"Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan
    beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel brbintang serta        
    keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."

5. Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau brada di tempat ibadah?"

6. RM100 menjawab; "Belum pernah"

7. RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh
    tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku bersyukur kpd
    Allah kerana aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi aku dipandang sebagai sebuah
    manfaat.

6. Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat
    selama ini. Smoga cerita ini memberi pengajaran kpd kita semua..


**cerita yg simple tetapi membawa pengertian yg tersirat sbg pengajaran**

Untuk renungan kita brsama... kita hidup janganlah sombong dan ego dgn kedudukan dan pangkat..

Kerana adakalanya sesuatu yg kita hina itu lebih baik dan disanjung oleh masyarakat..

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA..

1 comment: