e

Sunday, December 27, 2015

Pengaruh Mak Cun


Assalamualaikum readers.

Bila selalu layan drama Mak Cun ni, rasa nak cuba balik pakai bedak sejuk. Kali terakhir guna, mungkin beberapa tahun dulu. Itupun tanpa sebab, sekadar nak cuba-cuba.

Jadi minggu lepas, Zam beli sebungkus bedak sejuk di Pasar Siti Khadijah. Kebetulan Zam ke sana selepas selesai urusan dengan seorang rakan di KB Mall.

Bila baru nak pakai semula ni, terlupa yang bedak ni ada kesan dia, masa mula-mula tepek kat muka mesti ada rasa gatal-gatal. Nak garu, baru je pakai & belum kering..

Tapi, masa bangun pagi keesokan paginya, rasa macam mulus je kulit muka ni.. Haha.. Ada sesiapa pengguna bedak sejuk kat sini?

1 comment: