Assalamualaikum readers.
Hari ini (Ahad), Zam berpeluang pula menonton filem Hindustan yang menjadi buah mulut orang ramai~ Dilwale di GSC City One, Kuching setelah beberapa hari sebelumnya menonton Ip Man 3 di MBO The Spring Mall. Tayangan bermula pada pukul 12 tengah malam, dan berakhir sekitar 2.45 pagi. Walaupun ia dikira tayangan terakhir untuk hari tersebut, namun panggung hampir penuh dengan peminat filem Hindustan. Mungkin ramai yang tak kisah untuk menonton tayangan lewat malam memandangkan pagi keesokannya adalah hari Ahad.
Tentu ramai yang beranggapan ia adalah sebuah cerita sedih. Dan tentu ada yang berharapkan ia sebuah cerita sedih yang boleh dibandingakn dengan filem lain seperti Kabhi Khushi Kabhi Gham.
Jadi, adakah ia sebuah filem sedih seperti anggapan orang ramai?
Ini pendapat Zam mengenai filem tersebut:
Zam bukanlah peminat filem Hindustan, tapi mungkin Zam boleh faham kenapa ramai yang mahukan ia adalah sebuah filem sedih. Apapun, ada baiknya jika penonton menerima filem itu seadanya. Bukan Zam kata ia tak best. Filem Dilawale cukup menghiburkan, dan Zam berpuas hati menontonnya. Memang ada babak sedih yang dapat menyentuh hati penonton, dan tidak kurang juga babak lucu yang membuatkan satu panggung ketawa. Dan ada beberapa plot filem yang tak disangka-sangka akan berlaku dalam filem tersebut.
Selain kisah cinta, filem ini menekankan aspek dan nilai persaudaraan yang amat tinggi. Itu antara sebab mengapa filem ini berjaya mengusik emosi penonton.
Oh ya.. Lagu juga tidak boleh dipisahkan dengan filem Hindustan kan.. Bagi Zam, lagu Janam Janam mempunyai melodi yang menyentuh hati, manakala lagu tema Gerua mempunyai melodi yang cukup indah. Video klip Gerua juga dikhabarkan menelan kos perbelanjaan yang sangat tinggi. Apapun, apa yang menjadi kekuatan lagu tersebut adalah senimatografi video klip yang sangat indah, seperti sebuah sesi outdoor photoshoot perkahwinan yang esklusif.
PS: Sepanjang hayat Zam, ini kali pertama Zam ke panggung untuk menonton filem Hindustan. Itupun selepas member Zam beria ingin menontonnya selepas mendapat feedback yang menarik dari penonton yang lain.
Mulanya nak beli tiket tayangan pukul 9 malam, tapi dah full booking. Jadi nak tak nak, kami terus beli tiket pukul 12 tengah malam. Itupun nasib baik dapat beli sebab panggung juga hampir penuh untuk tayangan pukul 12.
blom berkesempatan untuk menonton cerita ni... insyaallah kalo ade kelapangan kenapa tidak kan
ReplyDelete