e

Saturday, January 9, 2016

Ip Man 3 Padat Dengan Aksi! Dan Paling Tak Sangka Ialah..


Assalamualaikum readers.

Malam tadi Zam berpeluang menonton filem Ip Man 3 di MBO The Spring Kuching untuk tayangan pukul 9.45. Para peminat filem kungfu yang pernah menonton Ip Man dan Ip Man 2 sebelum ini pasti tahu mengapa perlu menonton filem tersebut yang ketiga.

"Kalau kami yang tak pernah tengok langsung ni macam mana?" Aha.. Mungkin ada yang bertanya begitu nanti. Okay.. Zam jawab.. Jika anda seorang peminat filem aksi pertarungan (tak semestinya kungfu), filem ini pasti tak mengecewakan anda sebab ia padat dengan aksi kungfu yang realistik! (tak ada terbang-terbang bagai)

Dan bila Zam cakap padat, Zam maksudkan dari awal hingga akhir terdapat banyak plot dan babak pertarungan yang mengujakan. Tak ada plot yang cakap meleret-leret sehingga penonton bosan.

Selain itu, antara tarikan utama filem ini adalah kemunculan lagenda tinju dunia, Mike Tyson sebagai watak ketua gangster. Semestinya, pertarungan antara Ip Man lakonan Donnie Yen dan Mike Tyson paling dinantikan.


Tapi untuk pengetahuan semua, perlawanan kemuncak dalam filem ini bukanlah antara Donnie (Ip Man) dan Tyson, tetapi antara Donnie dengan salah satu watak utama lain dalam filem ini yang tidak diketahui ramai. Watak tersebut berkembang di sepanjang plot filem ini, dan merupakan ancaman terbesar kepada Ip Man. Nak tahu siapa? Silalah menonton filem ini :)

PALING TAK SANGKA

Haa.. Dan merujuk kepada tajuk entri ini, paling tak sangka dengan filem Ip Man 3 ini adalah..



Terselit unsur romantik yang sangat menyentuh hati di dalam filem Ip Man 3 yang tak disangka-sangka. Terharu dibuatnya bila menonton babak-babak sedih yang bermula di pertengahan cerita ini.


Selain itu, apa yang menguatkan filem ini adalah sinematografi nya yang sangat cantik. Sebagai seorang yang meminati fotografi, Zam sangat sukakan perjalanan filem ini yang dapat memainkan emosi penonton menerusi sentuhan seni dan kreatif di dalam gambar yang diambil.

Jadi kepada pembaca semua, Zam sarankan anda menonton filem ini di pawagam berdekatan bersama teman-teman dan keluarga anda :)

2 comments: