e

Sunday, December 24, 2017

Nasib Si Jurukamera

Biasa dah kan, bila buat kerja sebagai jurugambar ni, sibuk ambil gambar orang, tapi gambar sendiri tak ada. Last2, gambar dari belakang macam ni je ada. Haha jadlah dari tak ada langsung.



Sunday, November 27, 2016

Sebelum Melangkah Keluar Dari Alam Persekolahan

21 November- Itu tarikh terakhir untuk 8 orang murid Zam menduduki SPM bagi tahun 2016. Tahun 2011 dulu, Zam mengajar mereka subjek Sains untuk UPSR, dan hari ni mereka mengambil kertas terakhir untuk SPM mereka- Sains. Sebelum mereka melangkah keluar dari alam persekolahan, Zam ambil kesempatan untuk bergambar bersama. Lepas ni tak tahu lagi bila dapat berjumpa.



Mungkin pembaca pun ada kenangan yang diingati sewaktu hari terakhir SPM dulu?

Friday, November 25, 2016

Jualan BLACK FRIDAY Di UNIQLO

Jualan BLACK FRIDAY Di UNIQLO

Assalamualaikum readers.

Bersempena Black Friday ini, Uniqlo.com telah membariskan beberapa item yang boleh didapati pada harga yang lebih murah berbanding harga- harga yang terdapat di butik mereka. Tumpuan utama diberikan kepada pakaian seperti jaket dan parka yang boleh digayakan mengikut keperluan mereka yang akan melancong keluar negara ketika musim sejuk ini.



Jualan Black Friday di butik atas talian Uniqlo ini akan berlangsung selama 3 hari bermula hari ini- Jumaat 25 November sehingga Ahad 27 November 2016. Jadi pada mereka yang ingin mencari pakaian yang bersesuaian ketika melancong ke luar negara semasa musim sejuk ini, bolehlah melayari http://www.uniqlo.com/my/store/

Tuesday, November 15, 2016

Saranan Untuk Orang Muda Agar Pergi Melancong


“I beg young people to travel. If you don’t have a passport, get one. 
Take a summer, get a backpack and go to Delhi, go to Saigon, go to Bangkok, go to Kenya. 
Have your mind blown. Eat interesting food. Dig some interesting people. Have an adventure. 
Be careful. Come back and you’re going to see your country differently, you’re going to see your president differently, no matter who it is. Music, culture, food, water. 
Your showers will become shorter. You’re going to get a sense of what globalization looks like. 
It’s not what Tom Friedman writes about; I’m sorry. You’re going to see that global climate change is very real. 
And that for some people, their day consists of walking 12 miles for four buckets of water. 
And so there are lessons that you can’t get out of a book that are waiting for you at the other end of that flight. 
A lot of people—Americans and Europeans—come back and go, ohhhhh. 
And the light bulb goes on.”

Wednesday, October 26, 2016

Jam Tangan G Shock Jadi Mangsa Tikus


Jam Tangan G Shock Jadi Mangsa Tikus T-T

Monday, October 24, 2016

Resepi Kek Keju (Dengan Teh Hijau) Paling Mudah

Assalamualaikum readers.

Hari ni Zam nak kongsikan resepi yang baru Zam buat Sabtu lepas, dan ia adalah resepi Kek Keju yang paling mudah untuk disediakan. Nak nampakkan sedikit kelainan, Zam campurkan teh hijau untuk menghasilkan kek keju dua lapis ini. Jom kita lihat resepinya di bawah:


Bahan 1
4 biji telur
500 gram sponge cake flour (tepung kek span)
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1 sudu teh serbuk teh hijau

Bahan 2
250 gram keju Totura
Setengah tin susu pekat manis

Cara Membuat Adunan Kek
Pukul telur selama 45 minit-1 jam, kemudian masukkan minyak sedikit demi sedikit, di ikuti dengan air sedikit demi sedikit. Seterusnya, masukkan tepung ke dalam adunan telur+minyak+air tadi sedikit demi sedikit. Teruskan memutar adunan sehingga adunan nampak gebu.

Setelah siap, asingkan adunan kepada dua bahagian, dan masukkan sedikit serbuk teh hijau ke dalam salah satu adunan. Bakar kedua-dua bahagian adunan secara berasingan dengan suhu sekitar 135 darjah selsius selama 35 minit (untuk oven bersaiz sederhana)

Cara Membuat Krim Keju
Pukul keju Tortura sehingga lembut, dan kemudian masukkan setengah tin susu pekat manis. Sapukan di lapisan tengah antara dua adunan kek yang telah dibakar tadi dan sapukan juga di bahagian atas kek.

(kredit kepada rakan Zam yang memberikan resepi ini)



Tips:
  1. Gunakan suhu yang rendah (135 darjah) untuk oven yang bersaiz sederhana kerana suhu yang tinggi akan menyebabkan kek menjadi cepat hangit. 
  2. Jika menggunakan food mixer yang bersaiz besar, adalah memadai memukul telur tersebut selama 30 minit.
  3. Untuk hasil yang terbaik, gunakan tepung sponge cake (kek span) yang dijual di kedai-kedai bakeri.

Thursday, October 20, 2016

Awesome Graffiti At Kuching, Sarawak

Awesome Graffiti At Kuching, Sarawak

Satok Street (under Satok Flyover)

Saturday, September 3, 2016

Gaya Lelaki Ketika Bergambar

Assalamualaikum readers.

Bila bergambar, tentu ramai di antara kita yang masih kekok untuk melakukan gaya yang sesuai dan tidak berulang-ulang dalam setiap gambar. Jadi di sini, Zam kongsikan antara gaya yang sesuai dibuat ketika gambar diambil, terutamanya ketika sesi photoshoot perkahwinan dijalankan. Info ini amat-amat berguna bagi pengantin & jurugambar yang baru berjinak-jinak dengan bidang tersebut.

PS: Tak semestinya untuk pengantin dan jurukamera sahaja.. Anda juga boleh mencubanya ketika mengambil gambar dengan kamera dari telefon pintar anda sendiri. Hasilnya pasti lebih menarik :)


Tuesday, August 16, 2016

Blondies Daripada Coklat Putih

Blondies bar (depan) dan Scones (belakang)


Assalamualaikum readers.. Pernah kah anda mencuba konfeksionari yang dipanggil Blondies ini? Jika tidak kerana Masterchef Australia yang memperkenalkan manisan ini kepada Zam, pasti Zam masih belum sedar akan kewujudannya walaupun selalu mengunjungi kedai kek dan pastri.

Apa yang buatkan Zam terliur mengenai Blondies ini adalah, ia diperbuat daripada coklat putih yang dicairkan, sebelum dicampurkan bersama dengan bahan-bahan yang lain. Itu yang Zam lihat dalam Masterchef Australia 3 minggu lepas. Alhamdulillah rezeki dapat menikmatinya.. Terfikir juga nak belajar membuatnya di rumah, tapi masih belum berkesempatan.

Scones di belakang tu sebagai tambahan.. Mana tahu kalau-kalau Blondies tu tak cukup untuk Zam nanti.. Hehe


Wednesday, August 10, 2016

Rekaan Hana Tajima Boleh Didapati Di Uniqlo Malaysia

Assalamualaikum readers.

Buat para hijabsters, nama Hana Tajima pasti bukan satu yang asing lagi.

Sebelum ini juga Zam pernah kongsikan artikel mengenai Hana Tajima- pereka fesyen kelahiran UK kacukan Jepun ini di blog menerusi kisah pengislamannya.

Terbaru, pereka muda ini telah berkolaborasi dengan  Uniqlo, rangkaian butik pakaian terkenal dari Jepun dalam menghasilkan busana muslimah untuk pasaran negara asia tenggara, termasuklah Malaysia.

Jadi jika anda ingin mendapatkan koleksi terbaru Hana Tajima, bolehlah berkunjung ke butik Uniqlo yang berdekatan. Pilihlah mana-mana rekaan yang dirasakan sesuai dengan citarasa dan syariat :)



Monday, August 1, 2016

Isu Makanan Terbakar Didakwa Mengandungi Plastik

Isu Makanan Terbakar Didakwa Mengandungi Plastik


Isu Makanan Terbakar Didakwa Mengandungi Plastik.. Dah lah, malas nak komen panjang-panjang.. Hehe


(auto-published entry) taip tengah malam, esok pagi baru kuar..

Sunday, July 31, 2016

Hari Terakhir Puasa Enam Biasanya Mencabar

Assalamualaikum dan selamat malam readers

Bulan syawal masih berbaki beberapa hari lagi kan? Tentu ada yang masih mengambil kesempatan menghabiskan baki puasa 6 dalam tempoh ni. Banyak manfaatnya puasa 6 ni, jadi kalau dapat buat, korang memang betul-betul beruntung.

Cuma nak cerita sikit kat blog malam ni, hari terakhir puasa 6 ni biasanya ada ujiannya. Mungkin tak semua orang mengalaminya, tapi dari pengalaman Zam, hari terakhir tu lah Zam rasa tak nak puasa. Laparlah, bad mood lah, ada je sesuatu yang batkan kita rasa teringin rasa nak makan & pecah puasa (sebab kita akan letak dalam mindset: alah.. syawal lama lagi.. esok-esoklah puasa.. hari ni rehat dulu)... Kan?

Mulanya Zam ingat Zam seorang yang rasa macam tu.. Tapi tak lama kemudian beberapa orang sekerja juga menceritakan hal yang sama. Hari terakhir tu lah rasa lapar yang amat, orang bawa makanan yang sedap-sedap ke office dan sebagainya.. Haha godaannya memang kuat!

Apapun, jika anda berpuasa pada esok hari, teruskanlah ek habiskan puasa 6 tu.. Dah nak habis dah syawal ni.. Chayok chayok!


Sunday, June 19, 2016

Benda Yang Tak Boleh Dipercayai Semasa Ramadhan

Assalamualaikum readers..

Lama Zam tak menulis.. Kan? Biasalah, sibuk dengan kehidupan selepas pulang dari kerja. Waktu kerja di sekolah, memang Zam cuba elakkan menulis blog, sebab ada bidang tugas yang perlu Zam utamakan.

Kembali kepada topik: Benda Yang Paling Tak Dipercayai Semasa Ramadhan.. Apa yang terbayang dan terlintas di fikiran anda ek

Sebenarnya, Zam nak cakap pasal juadah kuih muih yang dijual semasa bulan Ramadhan. Kenapa ek? Apa kaitannya dengan tajuk?

Ada sekali ni bila Zam ke gerai yang menjual kuih, Zam perhatikan je satu persatu kuih yang dijual. Ada diantara kuih tu, Zam pandang dengan perasaan curiga.. 

"Agak-agak, sedap tak kuih tu ek? 

Karipap ni lak, agak-agak intinya penuh tak? 

Buah Melaka tu, ada inti gula melaka ke tak?

Kuih Cara Manis ni, penjual ni letak gula ke tak? Ke kosong?

Haa.. Macam tu lah lintasan hati Zam. Bukan apa.. Tentu readers pun pernah ada yang terkena kan.. Zam tak kata semua, tapi sebab pernah terkena, Zam jadi curiga.. Nanti dah beli, menyesal pula sebab kuih tu tak seperti yang diharapkan. Haha

Jadi sebelum dapat dosa mencela kuih dan penjualnya, baik berhati-hati memilih.. Sekarang ni, selalu juga isu ni keluar.. Selain dari isu kuih mahal dan sebagainya..

Tapi kalau dah tak leh elak, nak buat macam mana kan..

Kredit: Intai-Intai Dapur

Selalu terkena dengan kuih ni.. Mencik betul tau.. Beli-beli tak manis pun.. Baik buat sendiri.. Nak resepi leh intai SINI.



Thursday, June 2, 2016

Kemana Telefon Bimbit Lama Anda?

Assalamualaikum readers 

Zam tiba-tiba terfikirkan topik ni, lepas tengok satu gambar yang Zam jumpa di facebook. A ah yeh.. Mana Zam letak telefon bimbit Zam yang lama-lama.. Ada yang dah rosak, tapi masih disimpan.. Dan tak kurang juga masih ada yang elok, tapi tidak diguna sebab Zam mahu gunakan 1 handphone saja.

Apapun, tak ada satu pun yang dibuang, sebab semua handphone tu ada kenangan masing-masing. Kalau korang pula, macam mana?



A boy cycles past a wall of mock-up mobile phones displayed outside the Wataden electronics store in Tokyo on Thursday. The store owner started this display with a few thousand cell phones 10 years ago. AP photo

Tuesday, May 24, 2016

Majalah 3 Episod 23 Mei 2016: Sensei Badminton (Tonton Online)

Assalamualaikum readers

Petang semalam, Zam tak berkesempatan menonton Majalah 3 di rumah disebabkan ada urusan lain di luar. Memandangkan rakan-rakan sekerja Zam sibuk bercerita tentang rancangan itu semalam, jadi Zam mencarinya menerusi tonton online. Apa yang membuatkan Zam nak tengok sangat episod tersebut, adalah kerana Izuan Ibrahim ini rakan Zam ketika di Maktab Perguruan Ilmu Khas dulu, tambah-tambah lagi rakaman dokumentari dibuat di Jepun- makin lah Zam jadi teruja untuk menontonnya.

Kepada yang terlepas peluang semalam atau ada yang ingin menontonnya semula, Zam sediakan videonya di bawah:


Wednesday, May 4, 2016

Sunday, May 1, 2016

Cara Sukat Air Untuk Masak Nasi Dan Pulut

Cara Sukat Air Untuk Masak Nasi Dan Pulut



Assalamualaikum readers

Hari ni Zam nak kongsikan tips mudah ni untuk anda. Bukan apa, mungkin ramai di luar sana yang masih baru nak berjinak-jinak dengan hobi memasak, jadi memasak nasi ni antara perkara asas yang perlu diketahui, kan? Zam dulu masa kecil pun, ini antara perkara yang mula-mula Zam pelajari.

Teringat rakan Zam berkongsikan cerita tentang nasi yang dimasak anak sulungnya lembik. Biasalah, baru mula-mula nak belajar kan. Tentu ramai diantara kita yang pernah mengalami perkara yang sama masa mula-mula belajar masak nasi dulu XD.

Friday, April 22, 2016

Nak Badan Sado? Jangan Abaikan Waktu Tidur Anda!

TIDO UNTUK SADO!

Salam Jumaat. Berkesempatan kelmarin jumpa member-member di 18 Fitness Gym Gombak, ramai yang Tanya mana update dan entry terbaru zalfitness?, ya ampun busy sangat kebelakangan ni, okalh pasal korang dah Tanya hari ni kita shere sikit satu info yang mayb berguna untuk kita semua....apa tu?...TIDO UNTUK SADO! Hahah..jom

Umunya semua orang tahu bahwa testosteron adalah hormon yang dihasilkan dalam sistem tubuh lelaki. Kadar testosteron yang tinggi bermanfaat untuk fungsi reproduksi, ketebalan otot, perilaku agresif, kompetitif, dan sifat-sifat maskulin lainnya dan yang paling penting testosterone amatlah penting bagi mereka yang aktif di gym dan konsisten dalam bina badan. Selalunya testosteron mencapai puncaknya pada usia 40, dan akan menurun selepas itu. Namun korang masih punya banyak cara untuk meningkatkan testosterone walaupun usia semakin meningkat.

Salah satu dari cara meningkatkan testosterone adalah dengan tidur! Zzzzzzzzzzzzzzz....! mungkin bunyi macam pelik kan, orang kalau nak sado kena habiskan banyak masa di gym atau aktif dengan kecergasan, tapi ni lain pulak. Apapun ianya telah dikaji dan sah secara saintifik.

Untuk mereka yang nak cepat sado, bukan semata-mata mesti sibuk di gym, tapi korang kena cukup tidur. Sebab tu orang yang sibuk membesarkan badan suka tidur. Tak kiralah ada peluang je mesti nak tido. Pastikan tido juga adalah tidur yg berkualiti.

Tidur adalah faktor yang sangat penting terhadap kadar testosteron. Ini karena semasa tidur, tubuh korang akan menghasilkan testosteron lebih banyak lagi. Dengan demikian, berusahalah untuk dapat tidur selama paling tidak 7 hingga 8 jam pada waktu malam dan pada waktu siang, kalo ada peluang apa lagi...tido lah.

Sebagai tambahan terhadap penurunan testosteron, kurang tidur juga meningkatkan jumlah kortisol (hormon stres) di dalam tubuh Anda, dan kortisol dalam jumlah besar akan memberikan pengaruh negatif terhadap kadar testosteron.
Kurang tidur juga akan mengganggu hormon pertumbuhan, yang dapat menghambat pembentukan otot saat korang berolahraga.

Anda sebaiknya berusaha untuk memperbaiki kualiti tidur korang dengan elakkan semua alat elektronik & gadget sebelum tidur, jgn minum kopi di malam hari, dan mandilah sebelum tidur
So kalo nak sado, tidur lah. Tapi jangan makan tido makan tido pulak hahah...

Thursday, April 21, 2016

Resepi Kek Teh Hijau Dan Aiskrim Vanilla

Assalamualaikum pembaca semua.

Sabtu lepas, Zam sempat mencuba resepi Kek Teh Hijau ni di rumah. Alhamdulillah, hasilnya menjadi. Jadi Zam rasa nak kongsikannya di blog. Resepi asal untuk kek ini boleh didapati di SINI.

Kek Teh Hijau


Bahan-Bahan

2 biji telur saiz besar

1 cawan tepung (150g)

2/3 cawan gula (150g)

1/2 mentega (115g)

1 sudu teh serbuk teh hijau (5g)

1/2 sudu teh tepung penaik (2.5g)