e

Showing posts with label can't sleep. Show all posts
Showing posts with label can't sleep. Show all posts

Tuesday, September 24, 2013

Kerap Terjaga Malam Tadi



Assalamualaikum & selamat pagi. Akhir-akhir ni, waktu malam di Kuching dirasakan agak panas berbanding dulu, dan malam tadi yang paling teruk Zam rasakan. Sekejap-sekejap, terjaga. Posisi tidur pun selalu bertukar sebab nak selesakan diri. Tak dapat tidur, Zam bangun untuk minum air, kemudian tidur. Rasanya sebekas air yang besar tu sekejap je habis dalam beberapa hari ini. 

Waktu bersiar-siar di tebingan Kuching malam tadi pun, udaranya agak panas. Ingat dapatlah sejukkan diri kan. Dan pagi tadi waktu tersedar, Zam kehairanan bila badan berpeluh. Tak selesanya rasa..

Harap lepas ni, hujanlah malam-malam.. Best sikit tidur..