e

Saturday, December 27, 2008

Hari-Hari Ku Di Kampung

25.12 Khamis
Hari ni cuti am. Abg ipar ku ke KB hari ni, dgn kakak, abg, kakak iparku & adik. Aku tak ikut sbb dah tak muat kereta. Lagipun baru smlm keluar dgn Along. Hari ni mesti rmai org kat KB. Kalau pergi, msti dpt penat je. Along pn mungkin keluar ke KB hari ni. Bawa familynya brjalan2 pula slps seharian kami mghabiskn masa smlm. Kata Along, smlm Friend Day, so hari ni Family Day. He he. Aduyai. Keboringan melanda. Aku ambil permainan yg kubeli smlm & berikan kpd Amirah dan Amirul. Soker betul Amirah dgn set dapurnya.
.
Tak lama lps tu, nenek & ma pangil aku ke dapur. Ingatkan ape, minta aku tolong buat kueh rupenye. Jadi ptg tu aku tolong buat Putu Halba, lain sikit dr Putu Mayam yg biasa dibeli di pasar malam. Aku pangil juga adik perempuanku utk dtg menolong.
.
1. Ubi kayu yg telah diparut & diperah airnya.
.

2. Antara bahan yg digunakan-gula Melaka (atas) & halba, bawang merah, bawang putih & halia (bawah)


3. Parutan ubi kayu yg tlh digaul dgn campuran halba, bawang merah/putih & halia diletakkan dlm acuan bulat. Kemudian,gula Melaka ditabur, & ditutup dgn campuran td.


4. Acuan ditekap dan disusun di dalam kukusan & dimasak.


5. Setelah siap, Putu Halba dihidangkan bersama parutan kelapa.

26.12 Jumaat
Hari ni kami bergulai (buat kenduri) pula. Aqiqah utk sepupuku yg baru lahir. Dr petang smlm kami bergilir2 mbuat kerja. Belah kelapa, potong bawang & sbgainya. Aku mcm biasa kene tolong masak gulai kawah. Mlm tu aku & adik lelaki ku cuma masak rempah ratus utk gulai. Pg Jumaat tu baru kelapa diparut & diperah, sblum dimasukan dalam gulai dgn daging yg sudah siap dilapah.
.
Lepas santan siap, aku membakar Ayam Percik pula. Kerje yg paling aku suke buat
.

1. Ayam yg telah direbus dgn rempah sebelumnya, di bakar.

2. Setelah agak merah, ayam di celup di dlm kuah percik.

3. Ayam yg dicelup akan dibakar lg sehingga agak garing.

4. Semasa menghidang, sekali lg kuah percik dituang di atas ayam.. yum yum
.
Antara hidangan lain yg disajikan kpd tetamu. .

Sira Betik, faveret aku selain Ayam Percik

Acar Timun dgn Nenas & Lobak

Gulai Daging Biri-biri & Pisang

Nasi Putih

Gulai Daging Lembu & Umbut Kelapa

Cukup 7 hidangan, bersama Sambal Jeruk Cili Padi dan Pulut Kuning

2 comments:

  1. perghhh.....kecur air liur nie...mengiurkan btl...
    pepagi hari ni, terasa lapa la plk bila tgk makan2 yang sedap tu...yum..yum....
    untung btl hang bro.... ;)

    ReplyDelete