26 Ogos 2009
Rabu
Akhirnya dapat juga berbuka puasa dengan keluarga! Hari ni aku ke bazaar membeli juadah kegemaran aku- Gulai Lemak Ikan Keli Salai (itupun lepas ternampak Ustad Rahim membelinya) dan juga kuih Akok. Kebiasaannya ayah akan membeli akok dari rakannya yang aku kenali dengan pangilan Pak Cik Ali sejak kecil lagi.
Lama tak nampak Pak Cik Ali, nampak lain sangat (yelah dah lama aku tak jumpa dia, kan)
Akok ni dijual dengan harga RM2 untuk 5 keping. Hari ni aku beli RM4. Ni le kuih faveret aku. Lagipun akok Pak Cik Ali memang sedap, saling tak ubah mcm yg aku biasa makan di Kelantan.
Kalau tak silap aku, di sini cuma Pak Cik Ali saja yang menggunakan dapur besar tu. Kalau ada sesiapa yang nak cari Pak Cik Ali, senanglah.
Ni jiran kami, meniaga agar2, puding, popia pedas & popia basah. Teringat aku kat Mazlina, dia suka sangat agar2.
Kemudian kami ke KL, amik adik yang mengikuti bengkel SPM di sana. Hmm langit mendung, hujan lebat lah pas ni..
Teringat Sogo.. Tetibe rasa nak shopping lah.. ada sale sekarang nih.. Ada masa nanti, waktu pagi, aku nak g lah sebelum balik Kuching. Sekarang ni petang2 kat sini mesti hujan.
Dah hujan pun.. Sampai Serdang, hujan makin lebat. Tapi aku ke bazaar Ramadhan sekali lagi, mencari Gulai Lemak Ikan Keli Salai. Tadi sebelum ke KL aku dah beli seekor, mana tau adik aku nak makan gak. Aku rasa macam tak cukup je seekor, jadi aku pergilah mencari seekor lagi. Tapi tak ada rezeki, lauk tu dah habis..
Rindunya Kuala Lumpur.. teringat kat kawan2 semaktab dulu bila time puasa..
oooo ada kat KL ke?
ReplyDeletepatut la lately pagi-ptg ujan
bestnyeeeeeeeeeer kueh akok tu
mesti lemak2 manis
dulu tak reti makan, sekali da penah rasa baru tau sedap tapi kalo banyak tolornya baru sodap kan?
(eh, ado tolor ko? hahahaha)
Ado
ReplyDeleteSebab tu rasa lemak2 manis
(Eh ade Ke? Angah main belasah jek nih haha)
sri serdang ? tiap kali puasa, mesti wajib pergi atleast sekali.kat sana nia ada 'mama' yang jg nia waktu kecik tauu. dulu pun dia menjual kat situ. now tak dh. koci dia paaaling sedap hihi. tp puaslah kalau g bazar sana :D
ReplyDelete