Hari ni, Zam ke Kota Bharu lg. Shoping sakan X) Kira ni kali kedua sejak Zam balik bercuti di rumah datuk & nenek seminggu lalu. Biasanya, selain pakaian berjenama yg boleh didapati dgn potongan harga yg murah sempena Year End Sale (Y.E.S) di Parkson, The Store, & Pantai Timur, Zam suka beli barang2 keperluan & barang2 dapur di Pasar Siti Khadijah. Di sini harganya lebih murah & pilihanya lebih banyak, seperti kuih muih & lain2 nya. Sambil2 tu, sempat Zam masuk kedalam Mydin, membeli permainan utk anak buah. Td, sebelum menaiki bas ke kb, Zam dah janji dgn Amirul, nak carikan robot untuknya. Kebiasaanya Zam akan mencarinya di Mydin krn harganya lbh murah brbanding pasaraya lain. Dah semacam perkara wajib, kunjungan zam ke KB seakan tak lengkap kalau tak masuk membeli belah di kelima2 buah pasaraya tersebut. Lagipun lokasi & jarak antara kesemua pasaraya tersebut tidak jauh, dgn berjalan kaki dah boleh sampai :)
Balik dr KB, Zam keletihan, dgn bebanan di tangan yg terlalu banyak. Lelah juga berulang alik, keluar masuk pasaraya berulang kali. Rata2 mata di stesen bas seolah memandang Zam. "Kalau kau bawa kereta takpelah gak nak shoping banyak2, ni naik bas :p'' kata hati Zam. Tp letih2 pun, Zam seronok membeli belah disini. Puas. Lagipun, tujuan utama Zam ke KB dah tercapai. Ape ye? Hehe. Rahsia
Parkson di Kota Bharu Trade Center
Ramai yg turun KB untuk memebeli belah hari ni, walaupun bukan hujung minggu
Zam dah jumpe ape yg Zam cari di The Store, tp tak jumpe utk seorang lg tu.. Sudahnye Zam mencari di Parkson lak.. jenuh gak mencari, tp akhirnya jumpa jugak yg sesuai.
Pantai Timur, antara pasaraya yg terawal di Kota Bharu
Lapar lak perut ni. Jadi Zam singgah di A&W.. Zam teringin nak rasa float.. dah lama tak minum kat sini.. kali terakhir dengan Mail & Kassim 3 tahun lepas. Sbb lpr sangat, cepat je burger tu habis hehe
Utk Amirul
adooooi, kalo msk blog angah ni mesti mama jeles, sbb kejap2 soping, kejap2 makan..mmg menggugat 'keimanan' mama la...
ReplyDeletehahahahhahaha
dah lama tak turun kb nie... balik nie nak gi la.. shopping sakan..
ReplyDelete