Monday, January 4, 2010
Kisah bubur asyura..
Balik dr Kelantan tempoh hari, aku bawa sekali 2 bekas bubur asyura ke Sarawak. Niatnya, nanti bolehlah dikongsikan dengan rakan2 guru di sekolah, nak2 lagi rakan2 senegeri di sana. Terbayang akan wajah Kak Sha & Kak Nor. Jadi semasa mesyuarat staf kali pertama di sekolah baru2 ini (hari Sabtu), aku berjanji dengan mereka untuk membawanya ke sekolah pd hari Isnin berikutnye.
Isnin nya, aku ke sekolah awal, memandangkan hari itu minggu pertama persekolahan & banyak kerja perlu dilakukan. Di sekolah, sekonyong2 aku terlihat Kak Sha yg baru datang, aku teringat sesuatu..
Bubur asyura! Aku terlupe bawak! Huhuhu
Makin buatkan aku rasa serba salah, Kak Sha ni tengah sarat mengandung.. huhu.. kenapalah aku buat mcm ni kat dia.. sian dia.. Kan kempunan kang siapa yg susah? huhu..
Aku minta maaf banyak2 ngan Kak Sha sbb keterlupaan aku tuh.. Dia tergelak, sambil geleng kepala.. huhu.. Janji aku, akan aku bawak esoknye! Pasti!!
Esoknye (Selasa)..
Aku dah siap potong bubur asyura yg telah mengeras cantik2. Mcm kuih dah jadinya. Skrg, tunggu Kak Sha dtg sekolah je..
Tapi..
Aku tungu punye tunggu, Kak Sha tak datang2.. Mana lah Kak Sha nih..? Entah2.. Dia dah cuti tak? Ikut perkiraan doktor, tarikh nye esok, 6 Januari. Huhuhu.. Rasa cam nak nanges.. Kesian lak kat dia tak dapat makan bubur asyura.. Kejamnye aku.. Tibe2 rasa nak g rumah dia hantar bubur tue
Aku tanya Kak Ros di bilik guru, Kak Sha dah cuti ke? Jawapan dr Kak Ros melegakan aku- "Ade, dia baru datang". Cepat2 aku keluar, mencari Kak Sha
Ada pun! Huhu
Ingat tak datang dah td.. Kalau tak menyesal lah aku tak sudah ;p
Esoknye lagi (Rabu)..
Kak Sha tak datang.. Masuk hospital dah, tunggu mase je. Hehe.. Tersenyum aku sendiri2, bl mengenangkn tarikh lahir anaknya sama dengan tarikh lahir Misha Omar ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
knpe bubur asyura tu keras?pelik lah abg zam..
ReplyDeletememang bubur asyura kelantan mcm tu
ReplyDeletemula2, lepas siap dimasak, masih lembik, tp bila dah lame2, bubur tu jd keras, mcm kuih :)