Kebetulan Zam bertugas sebagai warden pada malam Tahun Baru Cina, jadi Zam masakkan Butter Prawn untuk murid2 yg tak balik bercuti. Salah seorang dari mereka ialah murid berketurunan cina, yg sudah 4 tahun tak balik beraya kerana kampung asalnya jauh di Kapit. Kira malam tu makan besar untuk meraikan dialah, selain lauk2 yg mmg disediakan oleh pihak asrama. 1st time nak buat nih.. Jd untuk itu, selepas mencari resepinya di internet, Zam keluar ke pasar Satok mencari udang & bahan2 nye yg lain.. Nasib baik ada peniaga Melayu yg masih berniaga pada hari tu, memandangkan pasar begitu kosong disebabkan ramai peniaga yg telah bercuti.
Ini gambar Butter Prawn yg Zam masakkan untuk family di Serdang.. Hari tu di sekolah tak sempat amik
Untuk minum malamnya pula, Zam buatkan roti telur untuk mereka, menggunakan putih telur yg Zam ketepikan semasa membuat Butter Prawn td. Suka benar budak2 ni dapat makan sbb sblm ni tak pernah ada roti telur dalam menu.
Malam hari berikutnya, Zam tiba2 rasa nak buatkan mereka Sotong Celup Tepung. Kebetulan pula, ada sotong mentah dlm peti sejuk asrama. Tepung untuk gorengan pun ada. Petang tu, mmg bertungkus lumus lah Zam di dapur menyiapkan juadah untuk mereka. Kalau murid asrama tak ramai semasa cuti, mmg Zam larat masakkan.. Tp kalau waktu persekolahan berjalan seperti biasa, mmg Zam tak laratlah~
& untuk minum malam tu pula, atas permintaan murid Zam, Zam rajinkan diri lagi buat roti telur~
No comments:
Post a Comment