Ramai tetamu yg dah berkumpul semasa kami tiba di sana. Juadahnya pula disediakan oleh tukang masak Melayu, seperti sate & lemang, jadi kami tak was-was tentang soal makan & minum. Selain tu, antara menu yg turut dihidang adlh rendang, kek lapis Sarawak & mcm2 lg..
Tak lama kemudian, kumpulan tarian singa & naga yg diundang oleh tuan rumah sampai. Mmg langkah kanan betul.. Pertama kali Zam berpeluang melihatnya dengan lebih dekat. Jadi ini antara gambar yg sempat Zam ambil dengan kamera yg hampir kehabisan bateri ;p



Saat naga diarak masuk ke dalam rumah

Sesudah naga, yang ini pula.. Zam tak pasti binatang apa.. Zam tak rasa ia singa seperti yg akan Zam tunjukan nanti..

Kemudian, saat yg ditunggu2, tarian singa~


Kumpulan yg memainkan alat muzik sepanjang tarian

Keletihan sudah~ jom makan!
No comments:
Post a Comment