e

Friday, November 12, 2010

Sambutan Hari Jadi Asrama Part II + Persembahan Hari Anugerah

12 November

Kami b'3 ke Mita Cake House, mengambil kek seberat 3kg yg ditempah semalam. Masuk2 je ke kedai, kami boleh mengagak mana satu kek kami.. hehe.. dah takde kotak besar yg lain dah dlm peti sejuk tu.. sah2 kami punyer ;p



Kek di sponser sepenuhnya oleh warden2.. Tak sempat nak cari sponser luar dek kesibukan di akhir tahun & kekangan masa.



Menanti saat lilin ditiup..



Zalika yg menjadi mangsa calitan krim aku & Maz :p



Sejak pagi td lagi, kami sibuk melatih budak2 untuk persembahan Hari Anugerah esok.. Tempoh latihan yg ada cuma sehari! Semuanya gara2 tarikh cuti sempena Raya Haji yang tidak menentu. Sekejap sekolah ditutup pd 17hb, kemudian bertukar pd 20hb, & akhirnye ke 17hb semula.. Tarikh mesyuarat akhir tahun & hari anugerah yang sepatutnya dibuat pada minggu terakhir bertukar2.. Sudahnya, kami terpaksa menyiapkan semua kelengkapan & membuat persiapan dlm masa yg singkat..

Slps majlis, kami sambung berlatih lg.. Mmg kurus lah mcm ni.. Siapa kata mengajar budak2 ni buat persembahan tak penat?

13 November

Hari Anugerah! Adoi.. mcm mn lah hasil latihan selama sehari ni..

Lupe nak gtau.. Tajuk persembahan mereka~ "Aci Aci Buka Pintu"


Misai & Topeng Burung Antu


Zalika & Sandra


Nana ni tgh kena kacau dgn Burung Antu


Saat Jembalang muncul mengganggu Nana

Barisan Pelakon Kami.. :))

No comments:

Post a Comment