Dari bbrp minggu yg sudah, kami rancang untuk pergi berlibur hari Sabtu nih.. Mulanya mahu ke Serikin.. Tp dek kerana kekangan masa & aktiviti yg padat, kami cuma ada waktu malam untuk meluangkan masa bersama. Cadangan terakhir ku pd Mazlina & Ustazah, makan malam di Top Spot.. Mereka pun belum pernah ke sana.. Selama aku mengajar 5 tahun di Sarawak, ni lah pertama kali aku menjejakan kaki ke sana. Sebelum ini, cerita tentang restoran seafood yg popular ni aku cuma dengar dr rakan2 ku yg lain.
Banyak sebenarnya gerai makanan laut yg terdapat di sini. Pilihan kami, Restoran ABC.. Faktor utama, ade sijil pengesahan Halal d premis mereka. Mulanya memang rambang mata nak memilih apa untuk dimakan.. Semuanya nak di rasa. Tp sebaik saja mataku terpandang pada ketam yg dipesan oleh pengunjung lain, aku teringat pada sesuatu yg dah lama aku nak makan~ Ketam Nipah!!
Mazlina dah mula was2 dengan apa yg aku pilih untuk makan.. Pelik je ketam tu.. Aku mula buat2 merajuk nak balik kalau tak dapat makan ketam tu.. hehe.. Last2 dia setuju gak.. RM35 untuk sekilo + siap masak ikut resepi yg pelanggan mahukan.. Aku pilih 2 ekor untuk dimasak dengan cili. Sbb tak sampai sekilo, harganya cuma RM25.. Hehe.. Tetibe, salah seekor ketam besar yg dipilih aku tu berubah jd agresif.. Bergerak ke sana ke mari di dalam besen.. Aik.. Macam tahu2 je aku nak makan ia??
Pilihan berikutnya, udang galah.. RM63, hampir2 sekilo.. Dalam 4 ekor yg besar2.. Aku pilih dibakar dengan keju. Kemudian, sepinggan ambal (di masak dengan halia/RM15) & sayur campur (RM19).. Memang mahal giler.. Kata Mazlina, kalau nak makan, ambil je, jangan berkira.. Ikut je ler.. hehe
Aku & Maz, sambil menunggu semuanya di masak.
Kata Abg Syam rakan guru di sekolah ku, untuk meneutralkan semula apa yg dimakan, elok lah minum air kelapa. Ape lagi, order 4 biji.. Sebiji, RM3.50.. Kalau kat kampung aku kat Kelantan ni, free jek.. hehe
Masing2 nak jadi model air kelapa nampaknye! hehe
Okey~ Yang dipesan dah sampai! Tak sabar nak rasa~ ;9
Kesian kau, ketam.. huk2
Udang Galah Keju
Ambal Masak Halia
Sayur ni, Mazlina tak puas hati.. Dia minta dibuat sup, bukannya macam ni.. Nasib tak mengamuk je dia kat situ.. hehe
Memang puas hati lah makan kat sini, nak2 lagi bila dapat makan ketam nipah tu.. Dari kecik lagi aku mengidam.. huhu.. Lebih manis, berisi pejal dari ketam biasa, nak2 lagi kat pengepit tu.. 4, 4 pengepit ketam tu aku balun sorang2.. Dah, yg lain tak nak makan, kan? hehe ;p
giler best nnpk makanan2 kt atas!!!
ReplyDelete