Gambar: Kredit kepada jangguttouch.com. Cantik!!
KOTA BHARU: “Saya masih cuba membiasakan diri memanggilnya sebagai suami,” kata penyanyi Ana Raffali yang baru mendirikan rumah tangganya dengan Aznaim Abdullah, baru-baru ini.
Pasangan berkenaan diraikan dalam majlis ringkas di Pusat Dagangan Kelantan (KTC), di sini, semalam selepas melangsungkan perkahwinan di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 25 Februari lalu.
Ana yang berada di Kelantan sejak empat hari lalu berkata dia tertarik dengan keindahan tempat asal keluarga suami terutama sikap masyarakat di sini yang begitu peramah.
“Kesimpulan yang boleh dibuat, masyarakat Kelantan sangat peramah, pandai memasak dan masih berpegang kuat kepada adat dan budaya.
“Saya sudah mula tertarik makanan di sini termasuk nasi kerabu dan nasi dagang,” katanya.
Sempena majlis itu, bilik penginapan didiami Ana dan suaminya di KTC dinamakan sebagai Kamar Ana Raffali.
KTC menaja pakej bulan madu pasangan terbabit termasuk penginapan di situ.
Ketua Pegawai Operasi KTC, Aziz Desa berkata ia adalah salah satu strategi pemasaran mereka bagi meraikan golongan seni dan artis.
Katanya, bilik penginapan di KTC yang akan didiami artis selepas ini dinamakan mengikut nama masing-masing.
“Ia secara tidak langsung adalah rangka promosi kita dan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012.
“Selepas ini kami akan teruskan dengan tawaran pakej bulan madu kepada artis terkenal yang juga akan menikmati pakej bulan madu yang sama,” katanya.
sumber: MyMetro

sweet gile ana ngan laki dia ni. kawen ngan bestfren plak tu. :)
ReplyDeleteCantik Anna bertudung, makin manis... untunglah hotel ini mesti makin laris selepas ini...
ReplyDeleteYuyu, mungkin sbb bestfren lebih memahami dia kot.. tu serasi ;)
ReplyDeleteKak Zakie, betul tu, sejuk mata memandang :)
malu2 je anna..:)
ReplyDeletesuka tgk ana .. malu-malu =) moga-moga berkekalan hingga ke syurga .. =)
ReplyDeleteana dh jmp sahabat, teman & suami dlm pencarian hdp dia...as ni blm lg...hehehe semoga ALLAH percepatkan jdh as jugek...yg pasti 'dia' bkl dtg gak mampu membimbing dan membahagiakan as di dunia dan ke akhirat sana...
ReplyDeleteemm , bagus la anna nih ^^
ReplyDeletesweet... semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..
ReplyDeleteSue, Dieyna & Fiza kalau tgk gmbar dlm harian metro, lagilah sweet.. yg ni Zam ambil dr blog photographer mereka :)
ReplyDeleteAs~ Aminn ;)) Takpe, jodoh terbaik dtg dlm masa terbaik ;) I. Allah
Cweet Pinky~ sejuk tgk dia bertudung.. Appn, semoga berkekalan selamanya :))