e

Friday, September 14, 2012

Guru Disiplin Dikasari 15 Orang Pelajar!

15 PELAJAR KASARI GURU DISIPLIN


Bila terbaca tajuk berita di Harian Metro, rasa terkilan dengan sikap segelintir pelajar hari ini.. Sampai tahap mengasari seorang guru, itu memang dah melampau. Apapun alasannya, guru sebagai insan yang patut dihormati selain kedua ibu bapa tak patut diperlakukan sedemikian. Nak2 lagi cikgu tu dah berumur.. 

Dikhabarkan, punca berlakunya insiden itu adalah kerana guru disiplin terbabit menegur beberapa pelajar yang tidak turun perhimpunan (pada waktu kejadian, pelajar tersebut berada di dalam kelas).. Setelah arahan diberikan untuk mengikuti perhimpunan, guru tersebut 'dibelasah' ala samseng oleh pelajar2 tersebut. Isk2! Tak patut betul!


ALOR SETAR: Hanya kerana menegur sekumpulan pelajar tingkatan lima tidak menyertai perhimpunan, seorang guru disiplin dibelasah ala samseng oleh sekumpulan pelajar dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu. Kejadian jam 7.30 pagi itu bermula apabila guru terbabit yang berusia 40-an mengesan 15 pelajar lelaki tidak menghadiri perhimpunan sebaliknya membuat bising dalam kelas mereka. Menurut sumber, guru itu ke kelas berkenaan dan meminta semua pelajar terbabit keluar dari kelas dan pergi ke perhimpunan bersama pelajar lain. “Selepas memberi arahan itu, guru terbabit meninggalkan kelas namun hanya selepas beberapa langkah dia mendengar pelajar itu semakin bising, seolah-olah memprotes serta mengingkari arahannya. “Apabila guru itu masuk semula dalam kelas, dia melihat sebahagian pelajar terbabit menendang pintu dan ada yang bertindak lebih berani dengan memecahkan cermin tingkap kelas,” katanya.


2 comments:

  1. saya sebagai bakal guru sendiri ngeri dengan perangai pelajar zaman kini ni , hem ,

    ReplyDelete
  2. Budak-budak sekarang nie tersangat2 beradi...Kalau mereka tidak berpuas hati, dorang tidak takut2 menunjukkan ke"samseng"an dorang tu...Apa la nak jadi dengan dunia masa sekarang nie...

    ReplyDelete