e

Friday, September 7, 2012

Perkembangan Terbaru IRMA HASMIE

Buat peminat Irma Hasmie, entri ini Zam kongsikan untuk tatapan korang. Sejak berhijrah & berhijab, kemudian melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan Redza Shah, Irma Hasmie semakin menjadi tumpuan ramai. Zam faham, sebenarnya majoriti rakyat Malaysia sukakan perubahan yang berlaku pada dirinya. Sejuk mata memandang, tenang hati terasa. Zam sendiri sebelum ini banyak memuat naik entri tentang gambar2 majlis perkahwinan mereka dari jurukamera The Kliker.. Memang terbaik gambar2 yang dihasilkan.. (Entri 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9)

Apapun, jom baca artikel terbaru mengenai perkembangan Irma Hasmi di bawah ini. SUMBER dari MURAI.


Redza Mengaku Sejak Hamil, Irma Hasmie Berselera Makan




KUALA LUMPUR, 7 SEPT 2012: Suami kepada pelakon Irma Hasmie iaitu Redza Syah, 31, mengakui semenjak disahkan hamil, isterinya itu mengalami alahan mengandung yang sangat teruk, namun selepas itu dia bertukar menjadi seorang yang berselera serta kuat makan. "Dua minggu sebelum ini, Irma sering saja mengalami alahan mengandung yang teruk. Sehinggakan kami nak bergerak beraya pun agak susah. Sebab itulah, ada jemputan rumah terbuka yang kami tidak dapat hadir.

"Namun, bak kata orang-orang tua. Itu hanyalah alahan biasa. Apapun, kini isteri saya sudah semakin sihat dan berubah menjadi seorang yang pemakan. Dia menjadi semakin cepat lapar. Kalau di awal dulu saya yang berselera tapi sekarang ianya dah berpindah pada Irma," jelasnya kepada murai.com.my.

Merancang untuk mengadakan majlis rumah terbuka penghujung Syawal ini, Redza memberitahu sambutan perayaan tahun ini amat meriah berbanding raya sebelum ini. "Syukur Alhamdulillah. Syawal kali ini di sambut dengan meriah sekali. Kami berdua banyak memenuhi undangan di sana-sini. Bagaimanapun, ada juga jemputan yang tidak dapat kami hadir disebabkan kesihatan isteri saya yang kurang mengizinkan.

4 comments:

  1. taw takpe , CP pown suke tgk , bertemu di Mekah , wah , sangat cweet ...

    ReplyDelete
  2. cutenye irma pregnant..sihat..hehehe..semoga dipermudahkn segalanya nanti.insyaAllah.

    ReplyDelete