e

Friday, September 7, 2012

Sebab Utama Nurul Syuhada Nurul Ain Letak Jawatan

KISAH DI SEBALIK PERLETAKKAN JAWATAN NURUL SYUHADA NURUL AIN





Semalam Zam ada kongsikan satu entri mengenai perletakkan jawatan Nurul Syuhada Nurul Ain. Hari ini menerusi blog Beautiful Nara, pendedahan tentang sebab sebenar perletakkan itu telah dinyatakan.

Nurul Syuhada menolak desas desus yang mengaitkan perletakkan jawatannya itu dengan isu "Daif" mahupun penghijrahannya berhijab. Menurutnya, keputusan itu dibuat atas sebab untuk menumpukan perhatian kepada keluarga sambil berusaha mendapatkan sarjana dalam bidang tamadun Islam atau psikologi. 

Memetik kata kata Nurul:

"Ini adalah keputusan yang saya buat setelah memikirkan tanggungjawab kini bukan hanya pada karier semata-mata tetapi juga keluarga. Semenjak bergelar personaliti televisyen, saya belum pernah berehat panjang dan kini saya mahu menumpukan kepada keluarga dan akan menyambung pengajian dalam bidang sarjana tidak lama lagi, InsyaAllah. Dahulu saya pernah sambung belajar sambil bertugas sebagai pengacara tetapi ia tidak dapat diteruskan atas faktor kekangan masa. Jadi selepas ini saya akan meneruskan hasrat untuk memiliki sarjana, mungkin dalam bidang psikologi atau tamadun Islam"

Untuk bacaan lanjut, boleh klik di SINI. Kredit Gambar & Artikel kepada blog Beautiful Nara.

ENTRI BEST & SEMPOI UNTUK DITERJAH!!





No comments:

Post a Comment