PETALING JAYA: Setelah sekian lama mengharungi konflik dalam
rumah tangga, akhirnya pengacara Jimmy Shanley Norjahan Salleh dan
isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy bercerai talak satu secara khuluk
atau tebus talak dengan bayaran RM1.
Lafaz cerai (khuluk) itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abd Halim
Abu Samah di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu selepas pasangan
berkenaan bersetuju untuk menamatkan rumah tangga masing-masing.
Abd Halim yang mendengar lafaz itu kemudian membenarkan jatuh talak satu dan mengarahkan Nursuhaila bersuci tiga kali edah.
Tebus talak itu dibuat mengikut Seksyen 49 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 yang difailkan Nursuhaila.
Dalam prosiding itu, Nursuhaila, 26, yang merupakan plaintif
bersetuju untuk menggugurkan tuntutan nafkah edah, mutaah serta hutang
sementara Jimmy, 33, pula bersetuju untuk tidak membuat sebarang
tuntutan berkaitan hutang di antara mereka.
Peguam Syarie Sa’adiah Din yang mewakili Nursuhaila memaklumkan pihak
plaintif ada menerima permohonan Jimmy untuk bersetuju menebus talak
dengan nilai RM1 pada Jumaat lalu.
Berikutan itu pihaknya membuat keputusan agar kes permohonan cerai
secara baik yang difailkan di mahkamah syariah di sini ditarik balik
termasuklah permohonan nusyuz (kembali taat) yang masih berlangsung di
Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam dekat sini.
Sa’adiah berkata, permohonan Jimmy berhubung tuntutan hadanah iaitu
hak jagaan anak Zahrah Shanley yang berusia setahun akan tetap
diteruskan.
Jimmy diberi hak untuk melawat anaknya yang berada dalam jagaan ibu
Nursuhaila iaitu pengasas produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh
Kassim di Sungai Buloh dekat sini.
Pengacara Trek Selebriti terbitan Astro itu diwakili Peguam Syarie, Mohd Noor Aizan Md Idrus.
Ketika di luar mahkamah Jimmy berkata dia telah mengkhianati janji terhadap ibu mertuanya untuk tidak menceraikan Nursuhaila.
“Saya telah mungkir janji kepada ibu mertua saya untuk tidak
menceraikan Nursuhaila. Tapi apa nak buat minat, hobi pun tak sama,”
katanya.
Nursuhaila bagaimanapun mengucapkan rasa syukur kerana kes berkenaan akhirnya dapat diselesaikan.
Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan
hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir
Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.
Majlis resepsi untuk meraikan pasangan tersebut diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November 2011.
Jimmy memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya selepas mereka tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010.
ENTRI HIT & SEMPOI HARI
INI!
RESPON Nabila Huda Tentang Pakaiannya
GAMBAR: Sireh Junjung Siti Nurhaliza Terjatuh
Reaksi Amy Search Tentang Pakaian Nabila Huda
GAMBAR: Sireh Junjung Siti Nurhaliza Terjatuh
Reaksi Amy Search Tentang Pakaian Nabila Huda
mcm2 artis ni...jd public figure..bukan senang..
ReplyDeletex bestnye dgr cerita yg cengini...
ReplyDeletebaca ni jugak
http://anisa-mylife.blogspot.com/2012/10/my-fav-pic-kak-odahs-wedding.html
takut. :(
ReplyDeletesemoga mereka terus berbahagia dgn cara sendiri..
ReplyDeleteSemoga kite di jauhakan dripada pkra2 mcm ne..tak snggup cerai berai T.T
ReplyDeletebgs lh tue .. dari takda kesudahan
ReplyDeleteada hikmah semua nie berlaku..doakan yang terbaik untuk mereka.. aminn
ReplyDelete