e

Friday, March 2, 2012

MINUM 7-8 GELAS AIR SEHARI? FAKTA KE AUTA??


Salah satu fakta kesihatan yang korang leh kick out.. hehe

Sebelum ni kita kerap mendengar saranan untuk mengambil 7-8 gelas air sehari. Tapi hakikatnya, kaedah dalam menjaga kesihatan diri sendiri sebenarnya tidaklah begitu terikat dengan garis panduan yang ketat.

Menurut ahli psikologi Harvard Medical School~ Alice Domar, penulis Live a Little! Breaking the Rules Won't Break Your Health: "Kajian telah membuktikan sesiapa sahaja yang menulis tentang garis panduan lama itu tidak mendapat gambaran sebenar, & sebenarnya banyak lagi cara untuk kita mengekalkan kesihatan yg optimum yg tak pernah difikirkan oleh kita sebelum ini. Apa yg lebih menggembirakan, garis panduan/peraturan baru yg diberikan bersifat lebih user friendly".

Peraturan Lama: Minum 8 gelas air sehari
Peraturan Baru: 'MAKAN' air kamu

Cadangan supaya kita mengambil 8 gelas air sehari mungkin berdasarkan 1 garis panduan yg pernah diwar2 kan pada 1945. Bagaimanapun menurut Howard Murad, MD, penulis The Water Secret, kebanyakan air yang diperlukan oleh badan anda dalam sehari sudah terdapat di dalam buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, dsb. Murad juga menegaskan, makanan2 ini memberikan tambahan nutrien sebagai 'bonus'. "Tembikai & timun misalnya bukan sahaja mengandungi lebih 90% kandungan air , tetapi ia juga mengandungi antiosida. Dengan segelas air, apa yg anda dapat hanyalah air. Anda juga dapat mengetahui yang kandungan air dalam badan anda mencukupi apabila urin anda kurang berwarna & anda jarang2 merasa dahaga."

Apepun, jangan terlalu risau memikirkan tentang perkara ini. Garis panduan lama (minum 8 gelas air sehari) masih boleh dijadikan syarat asas untuk mengingatkan anda supaya tidak lupa untuk meminum air, tapi perlu dijelaskan disini bahawa tiada bukti secara saintifik di sebalik saranan itu ;)

Kredit: Shine from Yahoo & Healthful Eating Tips

Kenapa sesetengah negeri di Malaysia menjadikan Jumaat sebagai hari cuti? + Kelebihan hari Jumaat

Karikatur diatas sebagai iklan ;)


Salam Jumaat semua (^^,) Merujuk pada tajuk entri yang tertera di atas, apa yang ingin Zam kongsikan disini hanyalah sekadar pendapat Zam, bersumberkan maklumat yg Zam baca & kumpulkan dari internet. Anda pun mungkin pernah terfikirkan tentang ini, kan? Kenapa negeri2 seperti Kedah, Kelantan & Terengganu menjadikan hari Jumaat sebagai hari cuti menggantikan hari Ahad?

Dari hadith2 tentang kelebihan hari Jumaat yg Zam letakkan di bawah ini, apa yang dapat disimpulkan~ hari Jumaat ialah hari yang harus dimuliakan & ia dikhususkan untuk umat Islam beribadat. Adalah lebih memudahkan para Muslimin apabila mereka bercuti pada hari Jumaat supaya boleh merehatkan badan & mengfokuskan aktiviti mereka untuk beribadat, terutamanya Solat Jumaat. (Kadang2 kita mengantuk & letih kan ketika mendengar khutbah, disebabkan masa pagi kita dihabiskan dengan berkerja). Tapi tidaklah ia bermaksud anda tidak boleh melakukan aktiviti harian yang lain, k ;) Jadi sekarang, jom kita tengok apakah kelebihan & fadhilat hari yang penuh barakah ini ;)

Apakah makna Jumaat? Perkataan Jumaat (atau bahasa Arabnya "Jumu'ah") berasal daripada perkataan "jama'a" yang bermaksud 'berkumpul'. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan.

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai 'Sayyidul Aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda:
Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

Pada hari Jumaat berlakunya peristiwa yang penting, iaitu
1.Allah ciptakan Adam
2.Allah turunkan Nabi Adam ke bumi
3.Allah mematikan Nabi Adam

Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.

Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari terseut.
(Riwayat Hadis Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
(Hadis riwayat Tirmidzi)

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.

Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ” Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah."

(kalau kita cuti hari Jumaat, bolehlah kita gunakan kesempatan ini utk pergi awal ke masjid)

Melbourne bukan kat Australia je k


Ingat tak, dulu rata2 diantara kita yang ketawakan Scha Alya bila pelakon itu menyebut Melbourne, Amerika.. Masa tu kita membayangkan Melbourne terletak di Australia. Paling tak boleh tahan, siapa ada group FB yg diwujudkan untuk menyelar artis berkenaan gara2 'kesilapannya'. Apepun, Scha Alya dah jelaskan tentang perkara tu. Memang betul, di Florida USA, terdapat sebuah tempat yang dikenali sebagai Melbourne.

Apa yang ada kat Melbourne, Florida tu? Ini antara darinya~

Florida’s Space Coast, Melbourne, Florida

Brevard Zoo

(Ps: Luas berjalan, banyak pengalaman..)

Tips Tidur Nyenyak Di Malam Hari Cara Cikgu Zamani ;)


Sebelum masuk tidur hari ni, Zam nak kongsikan tips2 yang dapat membantu korang untuk tidur dengan nyenyak di malam hari. Ini antara langkah2 yang Zam praktikkan jikalau berkesempatan~
  1. Lakukan senaman ringan sebelum tidur (berpeluh sikit pun tak apa)
  2. Bersihkan muka dengan pencuci agar terasa lebih segar & bersih
  3. Oleskan minyak wangi pada bantal (korang leh gunakan cara ini kalau tak ada lilin aroma terapi tu)
  4. Pasang lagu2 yang berentak slow & mendayu2.. (Zam suka pasang lagu yang seakan2 bunyi music box.)
  5. Kalau badan terasa lenguh & lesu, sapukan minyak angin pada seluruh badan.. Dalam kes ni, Zam akan gunakan minyak Mestika sbb minyak ni tak terlalu panas.
  6. Pastikan tugasan/kerja diselesaikan dengan baik sebelum masuk tidur.. nantilah tak lah terbawa2 rasa stress disebabkan kerja2 yg tertangguh.
  7. Yang dah berkahwin, peluk lah pasangan masing2. Pada yg belum, peluk je bantal korang.. hehe
  8. Jangan lupa gak, baca doa tidur ;)
Okeylah~ Selamat beristirahat semua ;))