Tomodachi Sama

Friday, March 9, 2012

Selamat Hari Jadi Aisyah KZ!



Selamat Hari Jadi Dik.. Sorry sangat2.. Angah terbawa2 perangai tahun2 sudah.. Asyik terlupa jek tarikh istimewa ni (Along jugak yang selalu ingat, kan).. Tersentap kejap bila tengok entri terbaru adik petang tadi.. masa tu baru teringat (memang cari nahas angah ni).. Bukan apa.. Angah sakit gigi sejak semalam & busy giler hari ni shopping kek lapis Sarawak & terubuk masin.. Esok kan angah nak balik KL.. Hehe.. Jangan marah ae.. (Boleh terima ke alasan ni? hahaha)

BEN ASHAARI dan RAKAN BLOGGER


Salam & selamat malam semua~ Kali ni Zam nak join 1 lagi segmen terbaru dari Mr. Ben. Blogger diminta untuk menulis tentang perkara menarik yang berlaku pada diri mereka pada hari ini (dalam 10 patah perkataan)

Oh. Jadilah inilah perkara menarik yang berlaku pada diri Zam hari ini~
"Zam terlampau sakit gigi sampai terlupa hari jadi si dia !"

Oh ho.. Ini dikira menarik ke? Macam mencari nahas je bunyinya.. Apapun 'si dia' yang Zam maksudkan bukanlah kekasih @ buah hati, tetapi adik manja Zam~ Aisyah KZ! huhu..

Ya Allah.. Ibu Lumpuh Ditinggalkan Di Hotel


Salam & selamat petang semua. Mesti ada yang dah membaca berita ni di Harian Metro. Sebak betul hati ni. Di bawah ini ada video temuramah diantara wartawan dengan ibu malang tersebut.. Ya Allah.. Nak menitis rasanya air mata ni..



KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.

Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.

Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.

Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.

Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.


"Ya Allah.. Semoga Kau tetapkanlah pendirian kami, agar kami sentiasa menjadi anak2 yang mentaati & berbakti pada kedua ibu bapa kami.." Amin..

Oki Setiana Dewi (Heroin Ketika Cinta Bertasbih) Di Kelantan Trade Center, Malam Ini.

Credit to Kak Chik @ Keluargaku Sayang

Insya Allah, pada malam ini bertempat di Kelantan Trade Center Kota Bharu, salah seorang teraju utama filem Ketika Cinta Bertasbih~ Oki Setiana Dewi atau lebih dikenali sebagai Ana Althafunisa di dalam filem tersebut akan hadir bagi menjayakan pogram Bicara Selebriti Siri 4. Info selanjutnya adalah seperti yang tertera pada poster di atas.

Credit to PHOTORetouchstudio

Zam teringin nak melihat Oki dari dekat, tapi apakan daya, Zam hanya akan pulang ke Kelantan pada 11haribulan nanti. Pada mereka yang berkesempatan & berminat untuk mengikuti pogram ini, lebih2 lagi para peminat Ketika Cinta Bertasbih (macam Zam ni ha), kehadiran anda adalah sangat2 dialu alukan ;)

Thursday, March 8, 2012

Ustaz, is it true perempuan tak menutup aurat ni jahat?


Sekadar Perkongsian ('',) ''Kerana Dirimu Begitu Berharga"

Liberal Gurlz :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”

Liberal Gurlz :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Liberal Gurlz :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”

Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”

Liberal gurlz :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”

Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”

Liberal Gurlz :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”

Liberal Gurlz :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”

Ustaz :
"Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….
“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”

Liberal Gurlz :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”

Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”
“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”

Liberal Gurlz :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”

Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!....menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”

Liberal Gurlz :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”

Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”
“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”

Liberal Gurlz :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”

Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”
“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”

Liberal Gurlz :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”

Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Liberal Gurlz :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”

Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”

Thanks to Kak Chik @ Keluargaku Sayang for this article :)

Wednesday, March 7, 2012

Dengan Kesan Bokeh, Botol Kicap Pun Nampak Menarik

Iklan jap.. Baru2 ni aku ada tertengok sorotan filem Hantu Dalam Botol Kicap.. Cam best je cite ni, nak2 lagi bila Angah yg jadi hantunya. Comel seyhh ;)

Okeh. Kembali kepada tajuk di atas. Ada lah sekali ni, aku & kawan2 plan untuk sarapan pagi di sebuah restoran di Kuching sebelum bertolak ke Sarikin. Sambil menunggu rakan2ku sampai, aku sempat ambil gambar botol kicap yg terletak di atas meja. Saja main2, sebelum model sebenar sampai. Heh2 ;p


Dan ini barulah model yg sebenar~ Ustazah & Lyn.. Korang perasan tak ada kesan bokeh bentuk bintang yang menghiasi ketiga2 gambar ni?



Untuk pengetahuan, bentuk bintang yang wujud di dalam gambar2 ni bukanlah hasil dari photoshop atau sebarang kesan editing dari mana2 photo editor. Zam hasilkannya secara manual :) Macam mana? Haa.. Inilah yang Zam gunakan.. Selain dslr, Zam perlukan sebuah lensa EF 50mm F/1.8 II dan filter buatan sendiri berbentuk bintang ;)

5 Menu Dari Dakwat Sotong

Dah masuk waktu makan tengah hari bagi penjawat awam yang berkerja di pejabat sekarang ni. Tentu ramai yang dah terbayangkan menu kegemaran yang akan dinikmati sebentar lagi, & tak kurang juga yang langsung tak kisah apa menunya, asalkan kena dengan selera masing2. Tapi, dalam banyak2 menu pilihan anda, mungkin anda tidak pernah terbayangkan menu2 yang Zam nak kongsikan dalam entri kali ini. Kenapa? Anda saksikanlah sendiri~


1. Spaghetti Dakwat Sotong



2. Nasi Dakwat Sotong



3. Pizza Dakwat Sotong



4. Kek Dakwat Sotong



5. Aiskrim Dakwat Sotong (sebagai pencuci mulut.. hehe)



Kali pertama aku mengetahui tentang dakwat sotong digunakan sebagai bahan masakan adalah sewaktu menonton sebuah rancangan masakan Jepun beberapa tahun dulu. Tiba2 teringat mengenainya, jadi aku tuliskan entri mengenainya hari ni. Bagaimana? Berani ke mencubanya? Melihatkan warnanya yang hitam pun dah buatkan kita berfikir banyak kali untuk mencubanya, & kebiasaannya makanan yang berwarna hitam ini adalah makanan yang hangit. Status kehalalannya pun tidak dapat dipastikan. Mungkin bagi kita di Malaysia, adalah pelik menggunakan dakwat sotong sebagai salah satu bahan masakan, tapi bahan ini telah digunakan secara meluas di Jepun & Itali. Mungkin untuk mencabar imiginasi mereka bagi mewujudkan variasi dalam 'mempersembahkan' hidangan mereka.

Wordless Wednesday (Ku ingin terbang pulang ke sarang)

Tuesday, March 6, 2012

Tips Meredakan Demam


Hari ni giliran aku bertugas sebagai warden di asrama sekolah, & apa yang mengejutkan ramai pula penghuni asrama yang demam. Cuaca memang panas semacam akhir2 ni di Kuching, & hujan pun tak menentu turunnya. Risau juga aku dibuatnya, nak2 lagi bila yg kecil tu demam (penghuni asrama di sekolah ni berusia antara 7~19 tahun). Apapun, sebelum diberi panadol & di bawa ke klinik, aku biasa nya akan melakukan beberapa perkara berikut. Harap perkongsian yang sedikit ni dapat membantu korang juga di luar sana.
  1. Lapkan tubuh (termasuk anggota tangan & kaki) mereka dengan kain basah untuk menurunkan kepanasan. Ulang dalam selang masa yg dirasakan sesuai.
  2. Pastikan mereka kerap minum air putih (Zam akan pastikan di sisi katil mereka ada sebotol besar air putih untuk dihabiskan.. ini wajib, mmg kena paksa. Ibu bapa leh tolong pantau gak)
  3. Tekapkan kain lembap di bahagian kepala mereka (dari dahi hingga ke atas kepala/rambut)
Harap2 diorang semua sembuh sebelum balik bercuti minggu ni. Tetibe rasa, aku pula yang nak demam..

Contest: Blog Simple BUT NICE by Yuyue

Lengkap dah malam ni Zam join segmen2, blog review & contest! Banyak giler entri sal ni hari ni. Thanks gak pada Mr. E'raz Fadli sbb tak lupakan aku & tag segmen2 nih.. hehe

Pada sesiapa yg nak join, korang leh klik banner di atas k ;)

Untuk contest ni, Zam tag Mak Usu & Mak Dara!

Segmen BLOGWALKING + FOLLOW by SYIERA



Zam nak ajak mereka bertiga untuk join segmen Cik Syeira nih~
Cik Nuhara
Cik Lynn
Cik Nadzirah

Selamat bersegmen k ;)
(Thanks to Mr. E'raz Fadli for the tag)

Segmen: Blog Review by Haruno Hana


Ape yg bestnye dengan join segmen mcm ni, kita dapat promo blog kita kepada blogger lain. Pada sesiapa yg nak join segmen dr Cik Harun Hana ni, korang leh klik banner diatas k ;)

Zam tag Aisyah KZ & Nia Lidia untuk join segmen nih ;)

Segmen : Tambah Follower Sampai Pening


Kalau korang tgh free skrg ni, sambil2 on9 tu, ape kate join segmen ni. Simple jek. Klik banner di atas k untuk maklumat lanjut ;) (Thanks to Mr. E'raz Fadli for the tag)

"Segmen I Jejak Blog U, U Jejak Blog I" - By Mak Simah


Malam ni sambung join segmen2 balik. Yang ini, dari Mak Simah. Nak join, klik banner k ;)
(PS: Macam2 la si Azam ni.. sejak bila lak ko tukar name nih? hehe)

Bloglist Mac & April 2012



Segmen ketiga yg disertai untuk hari ni~ dari Miss Nadya. SImple jek ni. Korang leh klik banner untuk join k.

Pada semua pelawat yang baru pertama kali ke blog Zam @ pada mereka yg masih belum mengenali diri ini, nama saya Ahmad Muhibbuddin Zamani Bin Mohammad. Seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah Pendidikan Khas. Berasal dari Kelantan, & membesar di Selangor & sekarang menetap di Sarawak. Meminati fotografi, & apa saja2 yg berkaiatan dengan J-stuff ( hiburan, art atau apa saja yg made in Japan.. heh2 ;p )

Segmen: Review Blog, Meramaikan Follower


Sesiapa yang free skrg ni, apa kata korang join segmen dari Cik CdaShaari ni. Simple jek. Untuk maklumat, klik je banner di atas. Zam tag korang semua untuk join, k ;)

BEN ASHAARI AJAK KORANG KRITIK BLOG AKU


Assalamualaikum & selamat tengah hari. Kali ni menyempatkan diri lagi menyertai segmen dari Mr. Ben. Dengan ini, saya menjemput anda semua untuk mengkritik blog ini. Mungkin ada kekurangan yang saya sendiri tak sedar. Lagi satu, nak tanya, tulisan yg digunakan kat blog ni sesuai tak? Ada cadangan?

Thanks 4 coming, guys ;)

11 Rahsia Anak Hebat!


Rahsia anak hebat
Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad
drasmadi@maptraining.com.my

ANAK hebat lebih berdisiplin, ada wawasan, sasaran, matang berfikir, mudah bergaul, seimbang hidupnya, bagus akhlaknya serta taat agama.

Dia bukan sahaja disenangi ibu bapa, guru dan rakan-rakannya. Mereka cemerlang dalam akademik dan kokurikulum malah sering ditabal tokoh pelajar di sekolah.

Jadi, apa yang ada pada anak cemerlang yang tiada pada anak-anak lain?

Ada anak hebat datang daripada keluarga biasa, anak yatim atau daripada keluarga mangsa penceraian. Ini membuktikan persekitaran, keadaan keluarga, kesusahan dan kemiskinan tidak menjejaskan menjadi insan hebat.

Rahsia pertama: Anak hebat ada matlamat jelas dan tidak sanggup berkompromi dalam merealisasikan matlamatnya. Apabila ditanya cita-citanya, mereka memberi jawapan dengan pasti.

Rahsia kedua: Anak hebat pentingkan pelajaran. Dia tahu hanya pelajaran boleh mencapai cita-citanya. Justeru, mereka memberi tumpuan dalam kelas, menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran.

Malah, anak hebat menyertai program motivasi luar bagi mendorong dirinya dan memantapkan teknik dan kemahiran belajar.

Rahsia ketiga: Anak hebat tidak malu mengakui kelemahannya dan meminta bantuan mengatasi kekurangan itu. Mereka sedar tidak semua orang tahu semua perkara selain memiliki bakat dan kebolehan berbeza-beza.

Rahsia keempat: Anak hebat menjalinkan hubungan yang baik dengan semua orang, hormat ibu bapa, sentiasa mendengar nasihat, menyenang dan menggembirakan orang tua, membantu dan mesra dengan adik-beradik.

Rahsia kelima: Anak hebat sentiasa muhasabah tindak-tanduk dan memantau prestasi pencapaiannya. Dia tahu kedudukannya sama ada hampir atau masih jauh dari sasaran lalu memperbaiki prestasi tanpa menunggu arahan.

Rahsia keenam: Anak hebat melakukan sesuatu bersungguh-sungguh dan tiada istilah main-main.

Rahsia ketujuh: Anak hebat istiqamah dalam usahanya dan percaya kejayaan besar yang mahu dicapai esok hari adalah himpunan kejayaan kecil setiap hari.

Dia sentiasa membuat perancangan belajar dan konsisten belajar mengikuti perancangan tanpa bosan.

Rahsia kelapan: Anak hebat sentiasa belajar daripada orang lain dan suka hadir pelbagai program, aktiviti dan seminar yang membuka mindanya.

Anak hebat mempunyai mentor. Dia tahu kejayaan yang mahu dicapainya itu pernah dicapai orang lain.

Rahsia kesembilan: Anak hebat sentiasa ingat Allah kerana manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan menentukan. Dia juga tahu jika dirinya ingkar perintah Allah, bergelumang dengan dosa, Allah akan tutup hatinya dan hilang keberkatan dalam usahanya.

Mereka sentiasa menjaga solat lima waktu, melakukan banyak amalan sunat, membaca al-Quran, berpuasa sunat Isnin dan Khamis, amalan doa harian dan
basah lidah serta hatinya dengan zikir.

Rahsia kesepuluh: Anak hebat tidak sombong dengan apa yang dicapai dan sentiasa bersyukur apabila berjaya selain berkongsi kegembiraannya dengan mereka di sekelilingnya.

Anak hebat tidak pernah menunjuk-nunjuk atau mendabik dada kerana tahu sifat sombong hanya merosakkan akhlak dan amalannya. Dia berterima kasih setiap kali berjaya.

Rahsia kesebelas: Anak hebat sedar hanya dia yang boleh menolong dirinya.

Jika tidak faham satu dua perkara bolehlah bertanya pada guru tetapi bukannya menyerahkan semuanya kepada guru.

Sumber: My Metro

Monday, March 5, 2012

PERHATIAN KPD RAKAN2 BLOGER YG JOIN SEGMEN BEN: BLOGLIST APRIL

ENTRI MELEKAT SEHINGGA 5 MAC~ UNTUK POST TERBARU, SILA SCROLL KE BAWAH ;)


Salam & selamat malam semua :) Alhamdulillah, Zam baru selesai meletakkan link2 blog anda dalam bloglist April Zam. Anda boleh semak di sebelah kanan blog Zam ni k. Pada sesiapa yang Zam terlepas pandang, maklumkan pada Zam dengan meninggalkan komen pada entri ni. & Thanks juga yang tak terhingga pada anda semua yg sudi masukkan blog Zam ni dalam list anda. Cara ni sebenarnya betul2 berjaya mempromosikan blog Zam pada blogger lain seperti yang pernah Zam lakukan untuk bloglist Februari sebelum ini ;)

Oh ya. Sedikit makluman untuk anda semua. Terdapat beberapa blogger yang menyertai segmen ini pada saat2 terakhir, jadi apa kata kita semua singgah ke blog2 mereka & support mereka untuk segmen ni k. Anda boleh klik banner Ben diatas untuk ke segmen itu semula ;)

Ekspresi Dunia Lensa & Pengimejan

Terbaru dari Canon~EOS 1DX

PERTENGAHAN Februari lalu, Pusat Konvensyen Pacifio di Yokohama, Jepun menjadi tumpuan para peminat tegar bidang fotografi dari seluruh dunia.

Ia bersempena pameran perdana fotografi antarabangsa, Ekspo Kamera dan Pengimejan Foto 2012 (CP+ 2012) bertemakan Kuasa Fotografi Menyatukan Dunia.

Memasuki tahun ketiga penganjuran, platform pameran tersebut berjaya menghimpunkan lebih 90 syarikat teknologi pengimejan global dengan 807 lot pameran disediakan.

Sepanjang empat hari pameran, sebanyak 45 rangkaian produk imej dan fotografi dilancarkan termasuk kamera lensa refleks tunggal digital (DSLR), kamera kompak, pelbagai lensa kamera dan banyak lagi.

Canon, antara syarikat teknologi gergasi Jepun yang tidak ketinggalan mempamerkan keunggulan rangkaian produk kejuruteraan pengimejan terbaru mereka kepada para pengunjung.

Pengembaraan ke alam teknologi fotografi Canon dimulakan dengan pengenalan produk terbaru kamera DSLR EOS-1D X yang mana kehadirannya memang telah lama dinantikan oleh para jurugambar profesional dunia.

Di platform tersebut, para pengunjung berpeluang merasai pengalaman merakam foto menggunakan produk berprestasi tinggi yang direvolusikan daripada teknologi EOS-1Ds Mark III dan EOS-1D Mark IV itu.

Melengkapkan inovasinya, Canon turut menyediakan berpuluh-puluh rangkaian lensa kamera pada ruang pameran yang dikenali sebagai The Eyes of EOS.


Menurut Pegawai Operasi Produk Komunikasi Imej, Masaya Maeda, pihak Canon Inc. sentiasa mengatur strategi mempertingkatkan implementasi teknologi di peringkat maksimum.

''Bagi tujuan itu, pembangunan industri pengimejan dan fotografi, Canon Inc. lebih memberi tumpuan terhadap elemen reka bentuk, teknologi dan kualiti.

''Dengan segala usaha yang diletakkan ini, Canon telah berjaya mencatat peningkatan pasaran di Asia daripada 28 peratus pada tahun 2010 kepada 31 peratus pada 2011,''

SUMBER: UM

Ana Raffali Kekok

Gambar: Kredit kepada jangguttouch.com. Cantik!!


KOTA BHARU: “Saya masih cuba membiasakan diri memanggilnya sebagai suami,” kata penyanyi Ana Raffali yang baru mendirikan rumah tangganya dengan Aznaim Abdullah, baru-baru ini.

Pasangan berkenaan diraikan dalam majlis ringkas di Pusat Dagangan Kelantan (KTC), di sini, semalam selepas melangsungkan perkahwinan di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 25 Februari lalu.

Ana yang berada di Kelantan sejak empat hari lalu berkata dia tertarik dengan keindahan tempat asal keluarga suami terutama sikap masyarakat di sini yang begitu peramah.

“Kesimpulan yang boleh dibuat, masyarakat Kelantan sangat peramah, pandai memasak dan masih berpegang kuat kepada adat dan budaya.

“Saya sudah mula tertarik makanan di sini termasuk nasi kerabu dan nasi dagang,” katanya.

Sempena majlis itu, bilik penginapan didiami Ana dan suaminya di KTC dinamakan sebagai Kamar Ana Raffali.

KTC menaja pakej bulan madu pasangan terbabit termasuk penginapan di situ.

Ketua Pegawai Operasi KTC, Aziz Desa berkata ia adalah salah satu strategi pemasaran mereka bagi meraikan golongan seni dan artis.

Katanya, bilik penginapan di KTC yang akan didiami artis selepas ini dinamakan mengikut nama masing-masing.

“Ia secara tidak langsung adalah rangka promosi kita dan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012.

“Selepas ini kami akan teruskan dengan tawaran pakej bulan madu kepada artis terkenal yang juga akan menikmati pakej bulan madu yang sama,” katanya.

sumber: MyMetro

11 Cara Mengawal Kemarahan


  1. Belajar untuk mengenalpasti tanda2 awal kemarahan anda. (hati terasa panas, kepala sakit ke)
  2. Tukarkan kemarahan anda kepada tenaga yang positif (dari mengamuk pecahkan barang, baik pergi menyapu daun2 kat depan rumah)
  3. Kira 1 sampai 10 & cool kan diri anda.
  4. Ber'cakap' tentang kemarahan kamu, bukannya meluahkan dalam bentuk perbuatan.
  5. Kongsikan perasaan anda dengan rakan.
  6. Tarik nafas panjang & rileks.
  7. Sedarkan diri anda yang kemarahan anda boleh menyakitkan orang lain , secara fizikal & emosi.
  8. Jangan biarkan kemarahan anda terus membara & akhirnya meletup. Cepat2 redakan ia kembali.
  9. Ambil wudhu bagi yang muslim. Air dapat membantu menyejukkan badan & hati anda yang sedang panas.
  10. Kalau anda sedang berasa marah dalam keadaan berdiri, sebaiknya anda duduk dulu.
  11. Suka kucing? Jika anda sedang marah, cuba cari & renung gambar kucing yang comel tu lama2. Perlahan2, kemarahan anda akan reda (ini tips tambahan dari aku.. mmg menjadi.. hehe)

Sunday, March 4, 2012

Pakcik Einstein Cakap..


Baru habis kelas sehari suntuk di OUM. Hari pertama bergelar pelajar semula.. Jadi nak buat satu fast entry yang ade kaitan dgn pelajar ni.. Komen anda? Setiap manusia mempunyai kelebihan yang berbeza2. Jadi wajarkah kita menilai setiap orang dari satu sudut sahaja?

Hendak seribu daya, Tak hendak seribu dalih!


Kita ni, kalau dah berminat dengan sesuatu, macam mana susah pun, mesti kita berusaha walau apa cara sekalipun untuk dapatkannya. Ada je jalan/caranya yang kita temukan. Selagi tak dapat, selagi tu lah kita tak kan berhenti dari berusaha, kan? Dan ia akan lebih bermakna bila kita berjaya mendapatkannya setelah berpenat lelah.

Tapi, kalau dah terang lagi bersuluh yg kita tak mahukan sesuatu, macam2 alasan & cara difikirkan! Itulah kita.. hehe ;p

Saturday, March 3, 2012

Gambar Kemusnahan Akibat Puting Beliung Di Indiana



HENRYVILLE, Indiana — Ribut kuat yang melanda U.S. Gulf Coast hingga ke Great Lakes di utara memusnahkan 2 pekan kecil & meragut 28 nyawa. Ia adalah puting beliung kedua yang melanda dalam minggu yang sama.

Sekurang2nya 28 orang awam terbunuh, termasuk 14 di dan 12 di Kentucky, kata penguatkuasa tempatan. Di Indiana, Marysville telah bertukar menjadi padang jarak dan Henryville yang berdekatan turut mengalami nasib yang sama dengan kemusnahan yang dahsyat. Setiap kawasan dihuni kira2 2000 penduduk.

Imej dari helikopter milik sebuah stesen televisyen yang membuat liputan menunjukkan banyak rumah yang ranap, dengan sebahagian dari bumbung2nya yang musnah diterbangkan angin & persekitaran yang berselerakkan dengan puing2 .

Seorang wartawan di Henryville mengatakan sebuah sekolah menengah telah dimusnahkan dengan tingkat duanya telah runtuh. Kerusi2 bertaburan di luar bangunan, pokok2 terbongkah akarnya & banyak kereta yang remuk apabila dihujani ketulan ais sebesar saiz bola lisut. Penguatkuasa memberitahu sewaktu ribut berlaku, sesi persekolahan sedang berjalan seperti biasa, tetapi kecederaan yang dicatatkan adalah kecil.

Sukarelawan yang turun membantu kelihatan sedang menolak troli yang penuh dengan air & makanan untuk diagihkan kepada mangsa2. Pekan ini juga merupakan tempat kelahiran pengasas Kentucky Fried Chicken~ Col. Harland Sanders.

Ernie Hall, 68, mengesan kehadiran ribut itu dari dalam rumah kecilnya yang terletak berhampiran sekolah menengah tersebutl. Hall memberitahu dia melihat puting beliung bergerak melintasi jalan yang menuju ke rumahnya, meranapkan & meratakan apa sahaja yang berada di laluannnya. Dia & isteri kemudiannya berlari ke dalam bilik & menggunakan tilam sebagai penghadang pintu sewaktu puting beliung melanda.

"Ia memusnahkan segala2nya, sekaligus." kata Blaine Lawson, 76. "Tiada amaran atau sebarang tanda. Bumbung, & segala2nya mula jatuh & menimpa kami. Ia berlaku dengan pantas & kami tidak sempat berbuat apa2"

Puting beliung turut memusnahkan sebuah penjara yang terletak 10 baru (16 kilometer) dari Huntsville, tapi tiada banduan yang melarikan diri dilaporkan.




Segmen: Aku Ada Blog


Salam semua~ Jom kita join segmen yang ringkas & mudah dari Cik Ross ni ;) Klik banner diatas untuk dapatkan info ttg segmen nih.

Okeh~ Blogger yg nak join kena sertakan maklumat seperti di bawah-

a. Nama samaran sebagai blogger: Zamani
b. Nama blog: Zamani 84
c. Url blog korang: http://zamani84.blogspot.com/
d. Usia blog: 3 tahun

Thanks ae Cik Ross untuk segmen nih ;D

“ BEN ASHAARI TANYA AKU , KALAULAH AKU DAPAT ULTRABOOK TU… “


Alalala... Macam kene dengan jiwa aku je ultra book ni.. Kebetulan Mr. Ben buat segmen ni di saat aku sedang berkira2 untuk membeli sebuah laptop. Tengah mencari laptop ni~ untuk kemudahan belajar & senang nak instal pogram2 photo editor. Netbook yang ada ni tak dapat support pogram2 tu.. (huhu)

Apepun, satu nilai tambah yang bestnya tentang ultrabook ni berbanding laptop, ia lebih nipis. Ni tetibe rasa nak cari ultrabook lak ni (lepas dipromote habis2an sebelum ni oleh Mr. Ben). Tapi macam mahal jek harganye.. Hmm..

Mr. Ben ada tanya gak, perlu tak CD DRIVE tu pada ULTRABOOK. Bagi aku, tak perlu.. Makan banyak ruang jek nanti.

(Akhirnya, Mr. Ben meninggalkan aku dgn tanda tanya yg tiada penghujungnye~ Nnk amik utrabook ke laptop ni.. Bajet oo bajet)

Hello Kitty yang boleh dimakan

Orang Jepun memang kreatif, sampai makanan pun di'hellokitty' kan. Apepun itu tidak menghairankan, kerana dalam penyedian makanan, mereka memang mementingkan 3 ciri penting ini dalam 'mempersembahkan' hidangan mereka~ Rasa, Warna & Susunan. (Aku menulis dalam mode lapar sbb tak sempat sarapan.. Hari ni lak ada kelas ganti.. huhu)