e

Thursday, February 28, 2013

Alhamdulillah.. Dapat Juga Apa Yang Di Idam!

 (gambar dari flickr)

Alhamdulillah.. Dah lama Zam teringin nak dapatkan sebuah lensa baru, & kali ini pilihan Zam ialah ef28mm f/1.8usm.. Tapi masalahnya, susah nak dapatkannya dengan harga yang murah, ditambah dengan ketiadaan stok di hampir kesemua kedai pengedar. Rakan-rakan yang biasa membeli gadget atau menerusi chat di forum pasti tahu ada sesetengah tempat yang menjual barangan dengan harga yang jauh lebih murah dari kedai lain kerana terlalu banyak persaingan (& inilah yang menguntungkan pembeli sebenanya).

Berbalik kepada kisah asal, akhirnya Zam terus hubungi ibu pejabat Canon di Shah Alam- bertanyakan tentang stok lensa tersebut disana. Bukan apa, Zam sangat-sangat menginginkan lensa tersebut untuk satu majlis yang bakal diadakan Sabtu ini. Cadangan mereka, cuba hubungi semua concept store Canon di seluruh KL & Selangor untuk penempahan. 

Dekat sejam berurusan melalui telefon mencari pengedar yang mempunyai stok & dalam masa yang sama menjualnya dengan harga yang murah, alhamdulillah, Zam temui juga satu di Sunway Pyramid. Itupun dah last stock. Lepas perjanjian dibuat dengan pengedar, terus Zam minta pertolongan dari seorang rakan baik di Serdang untuk mengambilnya di sana, memandangkan Zam berada di Kuching pada masa itu. Teruja juga sebenarnya ni bila berjaya dapatkan sesuatu yang dah lama diinginkan.. 

Gambar di bawah ini, antara contoh-contoh foto yang diambil dengan lensa ef28mm f/1.8usm tersebut. Yang paling penting, efek bokeh yang dihasilkannya.. Memang cun la!


24 comments:

  1. lepas nie boleh la letak pics2 ohsem kat blog nie kan...nak tengok~ :)

    ReplyDelete
  2. waaaahhh . best nye . teringin nak ad dslr sendiri. tapi tak tercapai lagi, apalagi nak ade lense superb cam tu . maen yang ayah pnye je . huuhu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Leyla, Zam suka dgr niat & minat Leyla ni.. Insya Allah, Leyla akan berpeluang juga satu hari nanti, janji minat tu terus ada sampai bila2 ;)

      Delete
  3. syukur alhamdulillah..akhirnya menjadi milik zam ye. hehehe. teringin gak nak beli dslr sendiri, tp no bajet lorrr..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. Insya Allah, jika ada budget lebih sikit, tak mustahil Sue akan dpt beli juga.. Zam beli dslr dlu pun dgn installment :)

      Delete
  4. Membokeh ler lepas ni...
    Kita ni sama-sama peminat Canon ler...hahahah
    Saya itu hari hanay beli prime lens 50mm f1.8...pun dah cukup gabak gambar...
    Yang ini lagi tip top...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, rasa pernah juga baca sal bro Hanif pki Canon.. se geng ar kita.. Tapi hasil 50mm f1.8 pun same cun jek.. Bokehlicious!

      Delete
  5. wahhh lense baru kompom pic2 dlm blog akan datang bertambah tambah mantop.. terbaek dik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah Mak Dara.. Mmg minat Zam pd bokeh ni menjadi2.. Tu teringin nk sgt lensa baru ni... Er.. Bila agaknya nak jadi model Zam nih? hehehe

      Delete
  6. tahniah2..makin cantik lah gambar yg zamani ambik lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak.. Insya Allah... doakan Zam dpt improvekan diri dalam bidang ini :))

      Delete
  7. oooo...inilah dia yang diidam2kan...dan inilah juga yang kakak tengah planning... hu hu hu...

    ReplyDelete
  8. lama tunggu ya..
    di mana ada kemahuan disitu ada jalan
    kan dah dapat dah

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah ... :)) itu yg buat Zam teruja :D

    ReplyDelete
  10. semakin bersemangat la nak amik photo nnt :-)

    ReplyDelete
  11. pasni lagi mantap la hasil karya...tak sabar nak tengok.. =)

    ReplyDelete
  12. bagusla..hehee..leh amik gmbr cntik2..amik gmbr nad leh..hehe

    ReplyDelete