Salam & Selamat petang :) Sambungan dari entri ringkas sebelum ini: Selamat Pengantin Baru, Adik.. Sebelum memulakan cerita, Zam nak maklumkan yang Zam terlupa untuk memberitahu dengan jelas siapakah adik yang Zam sebutkan ketika itu. Sebenarnya 'adik' yang dimaksudkan merupakan seorang kenalan Zam sejak 2008, dan kami menjadi rapat semenjak waktu itu sehinggalah kini. Walaupun kami tiada pertalian darah, namun kerana rapatnya hubungan kami, Zam membahasakan dirinya sebagai adik dan Zam sendiri lebih dikenali sebagai angah olehnya.
Kembali kepada tajuk entri, waktu melangkah masuk ke bilik pengantin untuk photoshoot hantaran perkahwinan baru-baru ini, Zam terpandang pada beberapa bingkai gambar yang digantung di dalam bilik.. Terharu sekejap bila gambar yang digantung merupakan gambar-gambar sewaktu majlis pertunangan mereka yang diambil oleh Zam setahun yang lalu.. Zam bukanlah photographer hebat, malah jauh dari itu kerana fotografi hanyalah hobi Zam, bukan kerjaya. Namun bila hasil tersebut dihargai oleh orang lain, memang terasa berbaloi mempunyai hobi seperti ini.. :)
wah..kalau mcm ni abg boleh la jd photographer mase tunang n nikah yaya kan?? hehe :)
ReplyDeletejika berpeluang :))
Deleteselamat pengantin baru adik :)
ReplyDeleteterima kasih sb wish utk dia :))
DeleteGmbr Along tak de?
ReplyDeletegambar mn? hehe
DeleteSelamat pengantin baru utk adik dan pasangannya :)
ReplyDeletethanks utk wish tu :))
Deletegambar pengantin angah pulak mana... Huhu... jln2 sni~ done follow...
ReplyDelete:)) insya Allah akn dtg.. doakn ya :) btw thnks sb sudi dtg & follow
DeleteHasil terbaik org akan hargai.
ReplyDeleteinsya Allah, mcm tulah.. Tapi Zam ni biasa2 je
Deleteselamat pengantin baru buat mereka.. pasti rasa seronok bila karya kita dihargai mcm tu kan...
ReplyDeleteTerharu Mak Dara.. Huhu..
Deletebetul tu Kak Naomei :))
ReplyDeleteselamat pengantin baru buat mereka
ReplyDeleteThanks Mrs Valentine :))
Deletesemoga adik berbahagia selamanya......
ReplyDeleteThanks 4 the wish Remmy :))
Delete