e

Monday, March 11, 2013

Bila Menjengah Ke Bilik Pengantin..



Salam & Selamat petang :) Sambungan dari entri ringkas sebelum ini: Selamat Pengantin Baru, Adik.. Sebelum memulakan cerita, Zam nak maklumkan yang Zam terlupa untuk memberitahu dengan jelas siapakah adik yang Zam sebutkan ketika itu. Sebenarnya 'adik' yang dimaksudkan merupakan seorang kenalan Zam sejak 2008, dan kami menjadi rapat semenjak waktu itu sehinggalah kini. Walaupun kami tiada pertalian darah, namun kerana rapatnya hubungan kami, Zam membahasakan dirinya sebagai adik dan Zam sendiri lebih dikenali sebagai angah olehnya.

Kembali kepada tajuk entri, waktu melangkah masuk ke bilik pengantin untuk photoshoot hantaran perkahwinan baru-baru ini, Zam terpandang pada beberapa bingkai gambar yang digantung di dalam bilik.. Terharu sekejap bila gambar yang digantung merupakan gambar-gambar sewaktu majlis pertunangan mereka yang diambil oleh Zam setahun yang lalu.. Zam bukanlah photographer hebat, malah jauh dari itu kerana fotografi hanyalah hobi Zam, bukan kerjaya. Namun bila hasil tersebut dihargai oleh orang lain, memang terasa berbaloi mempunyai hobi seperti ini.. :)

20 comments:

  1. wah..kalau mcm ni abg boleh la jd photographer mase tunang n nikah yaya kan?? hehe :)

    ReplyDelete
  2. selamat pengantin baru adik :)

    ReplyDelete
  3. Selamat pengantin baru utk adik dan pasangannya :)

    ReplyDelete
  4. gambar pengantin angah pulak mana... Huhu... jln2 sni~ done follow...

    ReplyDelete
    Replies
    1. :)) insya Allah akn dtg.. doakn ya :) btw thnks sb sudi dtg & follow

      Delete
  5. Hasil tangan kita...bila orang hargai...memang terharu sangat2 kan dik...kadang apa kita buat tak pernah pun nak mintak balasan...selamat pengantin baru utk si adik...:)

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. insya Allah, mcm tulah.. Tapi Zam ni biasa2 je

      Delete
  7. selamat pengantin baru buat mereka.. pasti rasa seronok bila karya kita dihargai mcm tu kan...

    ReplyDelete
  8. semoga adik berbahagia selamanya......

    ReplyDelete