Dari LCCT semalam, sebelum pulang ke rumah Zam berkumpul dulu dengan rakan2 untuk membincangkan perjalanan majlis pertunangan hari ini. Tempat lepak biasa kami, Chop & Stick di Serdang. Pukul 10.30 malam, barulah Zam sampai ke rumah. Ma yang bukakan pintu, & macam biasa soalan pertama yang keluar dari mulut Zam~ "Budak-budak dah tidur ke?"
Mereka yang Zam maksudkan ialah anak-anak buah Zam. Anak kepada kakak sulung Zam & arwah abang ipar. Jawab Ma, Zam balik lewat sangat, jadi mereka dah tertidur. Aiseh.. Zam ingat 10.30 tu masih awal, berbanding sebelum ni dekat pukul 12 baru Zam akan sampai ke rumah. Biasanya, mereka memang akan tunggu kepulangan Zam dari Sarawak, & kalau dulu, si abang akan beria-ia menyuruh datuknya (ayah Zam) untuk ambil Zam di stesen ERL Putra Jaya. Cuma kali ini, Zam tak mahu menyusahkan sesiapa. Kalau tak diambil oleh kawan, Zam akan pulang saja dengan menaiki teksi.
Buka saja mata pagi tadi, Zam tengok si abang dah tertinjau-tinjau Zam di dalam bilik. Bila dia perasan Zam dah sedar, dia terus lari masuk kedalam biliknya. Yang ini Zam hairan sampai sekarang. Dia macam malu nak jumpa Zam setiap kali Zam balik.
Yang kecil, baru genap setahun hari ini, Zam tengok masih terbaring di atas katil. Zam tanyakan kakak, "Eh, Damia dah bangun ke?". Tak semena-mena, dia menoleh kepada Zam, & terus tersenyum kearah Zam.. Laa... Dah bangun budak ni. Agaknya dia tersedar sebab terdengar suara Zam yang dah lama tak didengarnya. Satu ciuman Zam hadiahkan untuk dia pagi ini, yang buatkan dia makin tersenyum.
Yang kakak pula, ada pertandingan mewarna hari ini anjuran tadika. Ikutkan hati, memang nak pergi tengok & ambil gambar. Tapi maaflah, hari ni Zam jadi jurukamera sepenuh masa untuk Majlis Pertunangan seorang rakan..
Apapun, semoga semua aktiviti hari ini berjalan dengan lancar.. Aminn...
Good Luck! ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Thanks :)
Deletegood luck to u zam...harap semua berjlan dengan lancar...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Thanks utk doa itu Siti :))
Deletesweet dpt pak sdra mcm nie.. btuah bdk2 tue.. all the best!
ReplyDeleteAlhamduillah.. Dah selesai :))
Deletemesti zam sayang kat anak2 buah kan....hehe....comel je damia...=D
ReplyDeleteItulah.. suka tgk senyuman dia td :))
Deletehuuu..tetibe rindu kat nak buah (>_<)
ReplyDeleteada peluang jumpa nanti, lepaskanlah rindu tu puas2 ye :)
Deletewahh, photographer.. goodluck pak sedara Damia :-D
ReplyDeletethanks untk wish tu Nurul Filzah :))
Deletewah penyayang jugak zam ni ye.hehe :)
ReplyDeletehehe... X)
Deletewish u luck zam ^^
ReplyDeletealhamdulillah.. thanks Budubilis ::))
Deletemesti comel anak2 buah zam kan
ReplyDelete:)) plus nakal.. heheh
DeleteSweet betul pak sedare budak tuuuuu. hehe
ReplyDelete