e

Tuesday, March 5, 2013

Hana Tajima Popular Di Blog Zamani Abe??




Hana Tajima Kuasai Carian Kata Kunci Di Blog Zamani Abe
(Mingguan/Bulanan/All Time)

Salam & Selamat Petang buat pengunjung blog Zam ('',) Apa yang ingin dikongsikan dalam entri kali ini ialah kisah teknik SEO yang tanpa sengaja berjaya membawa trafik ke blog ini. Zam katakan 'tanpa sengaja' kerana Zam tidak merancang secara teknikal untuk melakukannya. Dan seperti tajuk yang ditulis, dalam tempoh beberapa bulan ini, nama HANA TAJIMA menduduki rank pertama dalam carian kata kunci untuk blog Zamani Abe untuk mingguan, bulanan & all time.

-MINGGUAN-

-BULANAN-

-ALL TIME-


Entri pertama berkenaan Hana Tajima yang Zam kongsikan kepada pembaca di blog ini ialah "Kisah Menarik Di Sebalik Pengislaman Wanita Kacukan Jepun/Inggeris- Hana Tajima" pada 31 Julai 2012 yang lalu. Sehingga kini, entri tersebut mencatatkan 11,000 pageview & menjadi antara entri paling hits di blog ini. 

Bermula dari entri tersebut, Zam terus menghasilkan lebih banyak entri berkenaan Hana Tajima. Antaranya;

::Hana Tajima Shawl Tutorial::
::Wajah Hana Tajima Semasa Kecil::
::(3 Gambar) Perkahwinan Hana Tajima::

Insya Allah, apa yang Zam praktikkan ini sebenarnya dapat diaplikasikan juga oleh blogger lain. Anda boleh menghasilkan apa saja entri berkenaaan subjek atau isu yang diminati dengan menggunakan keyword yang bersesuaian. Insya Allah, cara itu mampu menarik trafik kepada blog anda, lebih-lebih lagi dengan penggunaan keyword popular yang sentiasa dicari oleh orang ramai atau keyword yang berkaitan rapat dengan isu-isu semasa. Selamat mencuba ya ;)



Hana Tajima Pictures: Source From Hana Tajima @ Tumblr

17 comments:

  1. nice one!! slmat b'beLogging drp beLog FakhRuru!! (^__^)v

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fakhruru :)) Btw, blog bro cun ar.. artistik!

      Delete
  2. banyak lum faham..
    tak pe la....
    yg penting enjoy BW

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe2.. nanti Dayana boleh cuba gak bila berpeluang :))

      Delete
  3. wahhhh...dasat la zam. tahniah ye.
    sedikit sebanyak membantu menaikkan trafik blog :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Sue.. Alhamdulillah.. Zam tak rancang awal2 pun ni..

      Delete
  4. SALAM ZAM.. NANTI ZAM BAGITAHULA HARGA.. JENIS DAN NO AKAUN YER..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Kak Fieda.. Zam ada no pembuat Kek Lapis tu.. Kak boleh hubungi dia terus untuk tanyakan jenis dah pos.. boleh? :)

      Delete
  5. mesti ramai yang tersesat ke sini..hehe....tapi okeylah kan

    ReplyDelete
  6. ramai dtg sini.... best2...... :) trafik nanti makin tinggi!:)

    ReplyDelete
  7. terbaikla zam...hana tajima sgt comel..

    ReplyDelete
  8. ok lah tu zam......hana tajima kasi tempias popularity

    ReplyDelete
  9. wa..best idea for new blogger like me.. anyway mmng minat cara dia berhijab pon.. good entry after all ^^

    ReplyDelete