e

Thursday, April 11, 2013

Kisah Hadiah Kereta ABPBH Shaheizy Sam Yang Dicuri

Tak sangka juga bila terdengar berita ni.. Macam-macam hal sekarang nih.. Belum pun sempat Shaheizy Sam merasmikan kereta yang dimenanginya setelah meraih Anugerah Bintang Paling Popular baru-baru ni, kereta tu dicuri orang. Apapun, si pesalah dah tertangkap. Ikuti petikan artikel dari Kosmo ini:




KUALA LUMPUR – Kecuaian penjaga sebuah premis pusat servis kenderaan mengawal premis itu membolehkan seorang ejen penghantaran kastam melarikan sebuah kereta mewah jenis Nissan Fairlady 350Z yang merupakan hadiah pemenang Anugerah Bintang Paling Popular 2012, Shaheizy Sam baru-baru ini.

Ejen tersebut, Mohd. Azri Mohd. Kassim, 32, dikatakan telah mencuri kereta berwarna hitam itu dengan menggunakan modus operandi mudah iaitu menyamar sebagai pelanggan kononnya mahu melihat dan mengambil gambar sebelum melarikannya sebaik ternampak kunci kenderaan itu berada di dalamnya.

Mohd. Azri dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada 25 Oktober tahun lalu atas tuduhan mencuri sebuah kereta Porsche Panamera 4 berharga hampir RM1 juta dari bilik pameran di Jalan Bukit Bintang di sini 14 hari sebelum itu.

9 comments:

  1. salam..singgah sini :)
    semua kereta dia nk curi agaknya..hehe

    ReplyDelete
  2. Hardcore betul....
    Semua kereta mewah je dicurinya tu....
    Tak serik2 kena tangkap agaknya kot..

    ReplyDelete
  3. berani betoi dia noooo...kerat tgn tu kang!

    ReplyDelete
  4. aduhai mcam2 kes lah !

    ReplyDelete
  5. oic nie citer lama tu kan....dia memang expert keter nie...

    ReplyDelete
  6. la....keta pun nak curi...karang dah bayar 15 ribu...padan muka....huhu

    ReplyDelete
  7. 15K ikat jamin dgn nilai kete yg dicuri tu rasa mcm sikit sgt je. tak berbaloi. perggh curi kete mewah.... memang hati kering

    ReplyDelete
  8. Kene buat hukum hudud tuu...hukum mencuri....

    ReplyDelete