e

Friday, April 26, 2013

Pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia



Terkejut sewaktu membaca berita ini dari wall FB blogger Ben Ashaari pagi tadi, kerana kejadian jenayah seperti ini jarang berlaku di Malaysia, lebih-lebih lagi di kawasan seperti Putra Jaya. Motif jenayah yang berlaku pada waktu pagi tadi belum dikenalpasti, namun kita berharap & berdoa semoga keadilan dapat ditegakkan buat Allahyarham sekeluarga. Al Fatihah..


PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, hari ini.
  
Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, yang tinggal di Dengkil, Selangor, disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada pukul 9.20 pagi.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi.
  
"Tembakan itu mengenai bahagian leher ke atas dan Shaharuddin dikejarkan ke Hospital Putrajaya oleh pemandunya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kejadian.
  
Ku berkata siasatan polis mendapati Shaharuddin ditembak menggunakan pistol automatik.
  
Polis akan meneliti kesemua bahan bukti termasuk kamera litar tertutup di kawasan itu, katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran. - Bernama

8 comments:

  1. takziah...kene tegakkan keadilan

    ReplyDelete
  2. kalau ada CCTV tu, mmg susahlah suspek nak larikan diri. kt dunia bolehlah lari, kt akhirat esok menjawablah. al-fatihah...

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah...

    Tadi cik akak ada baca metro...sedih gak dengar berita cam nie...

    ReplyDelete
  4. bahaya betul skrg.. al-fatihah... sedih dgr berita mcm ni...

    ReplyDelete
  5. Itulah.. semoga ahli keluarga arwah akan mendapat keadilan.. Aminn

    Thanks 4 the comments, friends

    ReplyDelete