e

Tuesday, May 28, 2013

Pesta Makanan Bila Pulang Ke Kelantan


Semerbak aroma bawang & kayu manis yang ditumis di dalam periuk memang membangkitkan selera Zam. Dicampur pula dengan rempah ratus selepas itu, kemudian dimasukkan ayam pula, & digaul sehingga sebati~ perghh memang terbaik la.. Macam best je bila main kacau-kacau gulai dalam periuk tu sambil mencium bau yang cukup best.. Bila dah siap, makan pula dengan roti jala.. Wow!


Sejak balik ke kampung ni, main masak-masak & makan-makan je lah kerja Zam. Hobi Zam, membakar.. Terutamanya ikan keli ni.. Lupakan pemanggang ajaib Vantage yang boleh dibeli dengan harga murah di Rantau Panjang, sebab kita ada pemanggang tradisional & teknik yang lebih best & menyeronokkan.. Hehe


Hasilnya.. Keli bakar yang dibalut dengan daun kunyit~


Ini dapur khas yang digunakan untuk membakar ikan, dan bahan api yang digunakan ialah dahan pokok rambutan. Aroma yang dihasilkan? Memang best.. Yang kat bawah ni, masa Zam tengah bakar belut.. Ada sesiapa berani makan belut kat sini??


Jadi inilah sedikit sebanyak yang Zam dapat kongsikan di sini sepanjang berada di Kelantan. Pulang ke sini, memang dapat makan macam-macam yang diidamkan. Macam pesta makan dah.. Dengan laksa & laksam, kuih muih tradisonal & macam-macam lagi.. Terbaik ar..

21 comments:

  1. Alola dik zam....hihi...cik akak ikan keli & belut cik akak tak makan..hihi....jangan kata cik akak sombong pula..hihi...cik akak pun asal dari kampung juga..hihi...cuma tekak cik akak tak dapat nak terima...tengok tempat dik zam memanggang tu pun memang antik..hihi..serius tak pernah tengok lagi sebelum nie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak antik, tapi baru je buat tu.. ;)

      Delete
  2. perghhh!! sgt2 mnyelerakn! tliur2~ huhuhu *kcuali blut, xmkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. belut tu, mmg sstgh org ada mslh sikit nak makan.. hehe

      Delete
  3. kelantan memang syurga makanan

    ReplyDelete
  4. waa...lapo rasa tgk ayam ngan ikan bakar tue..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum zamani...meriahnya dgn makanan yer...;)

    ReplyDelete
  6. makanan kelantan semua best2..cuma budu je akak tak makaN..HEHEH

    ReplyDelete
    Replies
    1. budu? hehe biasa lah tu, ramai gak yg tak mkn budu ni

      Delete
  7. sy & husband pun br balik dr Kelantan...rasa xpuas sgt, rs kjap je...huhuhu...time blik sna mmg pesta makan lah...tp traffic ja giler...

    ~Admin :QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete