e

Saturday, May 18, 2013

Terima Panggilan Bermotif Pagi Tadi

Awal pagi tadi, Zam terima satu panggilan telefon dari satu nombor baru yang Zam rasa Zam kenal milik siapa. Mendengarkan suara yang menyapa Zam di talian, buatkan Zam rasa pelik untuk seketika. Kenapa? Sebab selama ni, bila Zam telefon & cuba untuk bercakap dengannya, dia menolak & tidak mahu bercakap dengan Zam. Alih-alih hari ini mahu pula dia telefon Zam. Tak tahulah kenapa, mungkin, dia malu dengan Zam..


Soalan pertama yang keluar dari mulutnya;

"Ayah Ngah buat apa??"

Belum sempat Zam tanya kenapa tiba-tiba telefon, dia terus gelak... Kemudian gangang diberikan kepada ibunya~ kakak Zam.

Sebenarnya, yang menelefon tu ialah anak buah Zam di Semenanjung. Anak sulung kakak. Sorrylah berdrama sikit petang-petang ni.  Hehe..

Ada masanya dia malu malu dengan Zam, & Zam pernah ceritakan tentang sikapnya itu di sini.
 
Zam rasa, Zam tahu motif dia telefon Zam. Mungkin dia tahu Zam akan balik bercuti ke Semenanjung minggu depan, & mungkin dia nak bagi hint yang dia harapkan Zam belikan buah tangan untuknya nanti.

"Amirul kan intan payung" katanya dulu kepada Zam.

Zam tahu apa yang dia inginkan. Kakak pernah bagitahu Zam apa yang Amirul katakan padanya dulu. Arwah abang ipar Zam (ayah Amirul) pernah belikan Amirul permainan Ultraman Seven bersaiz kecil yang menjadi kegemarannya selama ini, jadi kali ini dia mahukan Ultraman Seven yang lebih besar dari Zam pula.

Hmm... Kalau bernasib baik, Zam mungkin berjumpa dengan apa yang dia inginkan tu di Parkson atau ToysRUs Kuching nanti.. Harap-harap ada..


12 comments:

  1. tu lah dik zam...apa yang anak sedara kita nak mesti kita tunaikan..hihi...cik akak pun salu cam tu...gara-gara sayang...:)...semoga berjumpa dengan uncle utra tu dik zam....rasanya banyak kat kuching tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 adelah ni.. hehe.. stkt ni tak jumpa lg yg dia nak, klu yg lain tu adalah

      Delete
  2. wah baiknya zam ni.x pelah untuk anak sdara kan

    ReplyDelete
  3. Malu2 pulak dengan bapa saudara sendiri.. =)

    ReplyDelete
  4. tumpang kasih pda unclenya...

    ReplyDelete
  5. Drama sungguh permulaan entri...
    Suspen tau membacanya... =D
    Dia tumpang bermanja dengan AYah Ngah nye tu....

    ReplyDelete