e

Monday, June 24, 2013

Cik Ta Juara Masterchef Selebriti Musim Ke 2?



Assalamualaikum & selamat pagi. Cik Ta Juara Masterchef Selebriti Musim Ke 2? Jika sebelum ini Zam pernah menulis entri tentang perkhabaran Celina Juara Masterchef Selebriti Musim Ke 2 berdasarkan penilaian penonton sendiri sebelum ini, tajuk entri kali ini pula adalah satu ramalan yang mungkin sedang bermain di fikiran kebanyakan penonton rancangan Masterchef Selebriti Musim Kedua. Mungkin kerana kebolehannya dalam memasak dapat dilihat & dinilai sendiri oleh penonton, & masakannya jarang mendapat kritikan yang tidak baik dari juri. Berdasarkan rekodnya juga setakat ini, Cik Ta mendapat kedudukan teratas diantara Top 3.

Apapun, sama-sama kita nantikan keputusannya esok 25 Jun, & kemungkinan besar malam ini bakal menyaksikan seorang lagi peserta tersingkir.

14 comments: