e

Tuesday, June 18, 2013

Masterchef Selebriti 2 Episod 36: Antara Pasukan Biru Dan Merah, Siapa Pemenang Cabaran Semalam?


Assalamualaikum dan selamat malam. Selepas menempuhi cabaran sajian luar dalam episod semalam, pasukan manakah yang anda rasakan mampu memenanginya sekaligus menempatkan diri mereka sebagai pesertaTop 2 dalam Masterchef Selebriti Musim Kedua? Dan siapa pula yang akan tersingkir pada malam ini?

Untuk makluman anda yang tidak berkesempatan menonton episod semalam, peserta Top 4 yang telah dibahgikan kepada pasukan Merah (Celina & Cik Ta) & Biru (Kenchana & Syura) ditugaskan  menyajikan makanan kepada 2 tetamu VIP di sebuah hotel, dan menu yang diberikan adalah lebih kepada hidangan western. Tetamu yang dimaksudkan ialah Zainal Abidin & Dato Khadijah Ibrahim, dan merekalah yang menilai setiap hidangan yang disajikan oleh peserta Top 4 Masterchef Selebriti semalam. Jika dinilai secara kasar, mungkin ramai yang melihat Pasukan Merah adalah pasukan yang dominan sewaktu cabaran semalam terutamanya dari segi pujian yang diterima untuk olahan menu yang mereka sediakan.

Apapun, sama sama kita nantikan keputusannya malam ini pada pukul 9 di saluran Astro Ria 104~

4 comments: