e

Friday, June 7, 2013

Melayan Anak Buah Di Musim Cuti Sekolah



Musim cuti ni kalau di Serdang, kadang-kadang Zam akan luangkan juga masa melayan anak buah di rumah. Biasanya, sediakan sarapan & ajak mereka makan sekali. Selera budak-budak ni tak menentu, jadi benda paling mudah disediakan & menepati selera mereka ialah daging burger goreng. Beberapa hari ni, itulah yang Zam sediakan. Tapi tak boleh salah buat, semalam bila diletakkan bersama keju, mereka tak mahu makan. Terpaksalah kikis balik keju cair di atas daging tu. Padahal, keju dalam pizza hut boleh pula makan.. Mengada betul

Waktu merayau di Downtown Mines semalam, Zam terjumpa model-model Ultraman ni. Memang kegemaran si abang, jadi Zam belikan. Yang Ultrawoman tu, untuk si kakak. Tak tahu nak beli apa dah untuk dia kat kedai tu. Hentam sajalah :p


Itu serba sedikit kisah Zam melayan anak-anak buah. Ibu bapa di luar sana tentu ada cara yang sama atau berbeza dalam melayan anak-anak mereka sebagai pengisian masa di musim cuti sekolah ini, kan :)

4 comments:

  1. hehehe..nak tergelak biler baca kikis balik cheese tuh! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. last2 ayahngah dia kna makan keju tu

      Delete
  2. bagus2.. ciri2 seorang ayah yang baik tu... :D untung anak2 buah..

    ReplyDelete