e

Friday, June 21, 2013

Penyingkiran Selebriti Masterchef 2 Paling Popular Ialah..

Assalamualaikum & Salam Jumaat. Selepas bersiaran hampir 10 minggu, rancangan Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua telah memasuki minggu terakhir & hanya tinggal 4 peserta lagi yang bersaing untuk merebut gelaran Juara.  Mungkin ramai yang telah meramal siapakah yang bakal menjadi juara diantara 4 peserta yang tinggal -Cik Ta, Celina, Syura, & Kenchana. Apapun sebelum itu, Zam nak ajak para pembaca selusuri artikel Penyingkiran Selebriti paling popular /mendapat pageview tertinggi menerusi entri yang Zam sediakan sepanjang berlangsungnya Masterchef Selebriti musim kedua ini.


Jika dilihat dari bilangan PV yang diterima oleh entri berlabel Episod Penyingkiran Masterchef Selebriti 2, Penyingkiran Zain Saidin paling mendapat sambutan iaitu sebanyak 4.2k PV, diikuti penyingkiran Afiq Muiz (2.6 k), penarikan diri  Dato Aznil Haji Nawawi (1.4k),  dan penyingkiran Enot (1.2k).



Alhamdulillah, entri Masterchef Selebriti membantu Zam mendapatkan trafik yang baik sepanjang pogram tersebut berlangsung. Biarpun keyword dan tajuk entri yang digunakan memfokuskan perkataan penyingkiran, seperti contoh 'Enot Tersingkir', ia masih mampu menarik pembaca untuk singgah dan membaca entri Zam biarpun keputusannya telah 'diumumkan' awal-awal pada tajuk yang digunakan. Terima kasih Zam ucapkan kepada mereka yang berkunjung ke blog Zam untuk membaca artikel berkenaan Masterchef Selebriti Musim Kedua.

Untuk senarai penuh entri Penyingkiran Selebriti Masterchef yang dihasilkan, anda boleh hit pada pautan INI.

10 comments:

  1. masterchef 2 ni enjoy je tgk kalau berbanding ngan 1st dulu,cikji layan yg ni lg.

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak tunggu final...

    ReplyDelete
  3. membalas kunjungan sambil follow sini..^^

    ReplyDelete
  4. sama.emtri wan untuk penyingkiran zain saidin paling tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg cari entri tu slps dia tersingkir..

      Delete
  5. Master chef kali ni lebih ceria! Kita yg tgok ni pun rasa seronok jer, dgn tema yg diorang pakai setiap minggu, ditambah pula gurau2 manja antara mereka membuatkan kita yg menonton ni pun rasa nk tgok slalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. zam 1st time betul2 lyn masterchef slbriti ni.. mmg best ;)

      Delete