e

Tuesday, June 25, 2013

Terkejut Bila Ramai Yang Menyerbu Tiba-Tiba!


Terkejut Bila Ramai Yang Menyerbu Tiba-Tiba! Sekali baca, macam situasi artis yang didatangi & diserbu oleh ramai peminat secara tiba-tiba. Tetapi Zam bukanlah artis, malah jauh untuk mengalami peristiwa seperti itu. Apa yang Zam maksudkan dengan tajuk entri  ini ialah apa yang berlaku semalam di blog Zam pada pukul 10 malam sebaik saja rancangan MasterChef Selebriti Malaysia Episod 39 tamat. Tiba-tiba, ramai yang online serentak di blog Zamani Abe sewaktu Zam baru saja hendak mula menulis entri tentang penyingkiran Che Ta. Entah dari mana datangnya para pembaca pada waktu tu.



Kalau dilihat pada hujung graf, memang tiba tiba trafik melonjak tinggi, & apa yang yang paling banyak dibaca pada waktu itu ialah entri ini. Tak tahu kenapa.. Apa yang Zam boleh fikirkan, mungkin kerana ramai yang tersilap tentang tarikh akhir rancangan MasterChef Selebriti dan menyangkakan keputusannya telah diperolehi semalam. (rasanyalah.. hehe)

Apapun, jom layan episod akhir MasterChef Selebriti Malaysia malam ini di Astro 104 ;) Rasanya Zam boleh agak siapa yang akan menang.. Hehe

5 comments:

  1. huhuhu~ kena ngan topik bro...bgitulah kalo bermain ngan SEO...huhuhu terus melonjak naik~ terbaik bro zam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. harap berjayalah.. :)) thanks 4 coming Krole ;)

      Delete